Misa Gabungan akan diadakan dan adorasi Hari Doa untuk Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke-14.
Tempat : Katedral St. Joseph & Gereja Mater Dei, Lutong
Tarikh : Jumaat, 27hb April Masa: 7.30 malam
Semua digalakkan untuk datang dan berdoa untuk pilihan raya yang adil.
2. MISA ARWAH GABUNGAN
Misa Arwah Gabungan untuk Bulan April adalah pada hari Jumaat, 27hb April, jam 7.00 pagi di Katedral St. Joseph. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Selasa, 24hb April.
Sila daftar di pejabat Paroki St. Joseph.
3. HUJUNG MINGGU “CHOICE” KE-4
Tempat : Pusat St. Francis, Jalan Brighton Tarikh : 27hb – 29hb April
Program ini memberi tumpuan kepada pencarian diri sendiri dan hubungan dengan Tuhan, orang
lain dan keluarga. Ianya terbuka kepada belia bekerja yang berumur di antara 21 – 45.
Program ini diadakan dalam Bahasa Malaysia.
4. KURSUS PERANCANGAN KELUARGA SEMULAJADI DALAM BAHASA MALAYSIA
Tempat : Dewan Serbaguna St. Joseph
Tarikh : Sabtu, 5hb Mei Masa : 8.00 pagi – 1.30 petang
Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftaran.
5. KURSUS PEMBAPTISAN BAYI DALAM BAHASA INGGERIS
Tempat : Katedral St. Joseph
Tarikh : 6hb-7hb Mei Masa : 7.30 malam
Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 8hb Mei, jam 5.30 petang di Katedral St. Joseph.
Para ibu bapa dan wali yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan hendaklah menghadiri sesi
kursus tersebut.
6. “RALLY” UNTUK PARA REMAJA
Rally ini terbuka kepada semua remaja yang berumur 13 – 19 tahun.
Tempat : Imperial Hotel Ballroom
Tarikh : 15hb – 17hb Jun Yuran Sumbangan : RM50.00
Pendaftaran telahpun berlangsung dan dimaklumkan hanya 800 tempat duduk yang disediakan
untuk penyertaan dari Miri. Sila daftar awal. Harap maklum.
7. PEMILIHAN AHLI PARISH COUNCIL KATEDRAL ST. JOSEPH YANG KE-2
Pemilihan Ahli Parish Council yang ke-2 akan bermula minggu ini dengan proses pencalonan.
Umat Paroki dijemput untuk menamakan 3 calon berpotensi yang boleh melayani di dalam Parish Council. Borang pencalonan akan diedarkan selepas Misa hari ini.
Sila isi satu borang dan kembalikannya minggu depan di meja petugas atau ke pejabat Paroki pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup pada 29hb April 2018. 20 calon yang disenarai akan dipilih dan, dari sana kita akan mengundi 12 calon teratas untuk membentuk Parish Council yang baru. Ini akan dilakukan pada 20hb Mei 2018.
Sokongan dan penyertaan anda dalam pemilihan ahli Parish Council yang baru ini amatlah dihargai.