PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

12HB APRIL, 2015 - MINGGU KEDUA PASKA

1.   KATEKISMA UNTUK ORANG DEWASA ( RCIA ) BAGI SESI 2015 -2016
Sesi RCIA ini akan bermula pada Minggu Kedua Paska untuk semua
kumpulan bahasa.  Sila rujuk pada Notis Gereja untuk mengetahui
jadualnya. 

2. PENTAHBISAN  KEPADERIAN   
Segala puji dan syukur kepada Allah Maha Kuasa, Keuskupan Miri, dengan sukacitanya  mengumumkan dan hormatnya menjemput semua umat paroki untuk menghadiri Pentahbisan Kepaderian Reverend Deacon Sylvester Ngau Juk dan Deacon Reverend Martin Vincent Anak Sta.  Melalui doa Roh Kudus dan pengenaan tangan oleh Bapa Uskup kita, Right Reverend  Richard Ng,  pada hari Jumaat, 1 Mei 2015 jam 8.00 pagi di Gereja St. Dominic dan Rosari, Taman Tunku, Miri. 

3.  PROGRAM HUJUNG  MINGGU  CHOICE – 9
Hujung Minggu CHOICE English – 9, akan diadakan pada 17hb – 19hb April
di Gereja Mater Dei, Lutong.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pada Notis Gereja.

4.  KURSUS PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI (NFP)
Kursus ini adalah untuk mereka yang ingin berkahwin dan pasangan yang sudah berkahwin dan ingin pemberkatan perkahwinan mereka di Gereja.  Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftaran (421455) beberapa hari sebelum kursus bermula.  Jadual adalah seperti berikut :

    Dalam Bahasa Malaysia  :  2hb Mei (Sabtu) dari jam 8.00 pagi – 1.30 petang
                                         di Dewan Serbaguna, St. Joseph

·         Dalam Bahasa Inggeris  :  16hb Mei  (Sabtu) dari jam 8.00 pagi – 12.30 tengahari
                                            di Bilik Persidangan, Paroki, St. Joseph
·        Tidak pada 25hb April seperti yang dijadualkan – Harap maklum!

5. KURSUS  PEMBAPTISAN  BAYI  DALAM  BAHASA  INGGERIS
     Tempat :  Katedral St. Joseph         
     Tarikh  :  3hb –4hb Mei           Masa   :  7.30 malam
Bayi akan dibaptiskan pada hari Rabu, 5hb Mei, jam 5.30 petang.  Para ibu bapa dan wali yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan adalah dikehendaki untuk menyertai kursus ini.  Sila bawa bersama Buku Keluarga dan salinan fotostat Sijil Lahir anak.  Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pejabat Paroki (421455).