19HB APRIL, 2015 MINGGU PASKA KETIGA

1.   PENTAHBISAN  KEPADERIAN   
Segala puji dan syukur kepada Allah Maha Kuasa, Keuskupan Miri, dengan sukacitanya  mengumumkan dan hormatnya menjemput semua umat paroki untuk menghadiri upacara
Pentahbisan   Reverend Deacon Sylvester Ngau Juk dan Reverend Deacon Martin Vincent Anak Sta.  Melalui doa Roh Kudus dan pengenaan tangan oleh Bapa Uskup kita, Right Reverend  Richard Ng,
yang akan diadakan pada hari Jumaat, 1 Mei 2015 jam 8.00 pagi di
Gereja St. Dominic dan Rosari, Taman Tunku, Miri. 
Sama-samalah kita datang untuk menyokong bakal-bakal paderi kita.

2.  KURSUS PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI (NFP)
Kursus ini adalah untuk mereka yang ingin berkahwin dan pasangan yang sudah berkahwin dan ingin pemberkatan perkahwinan mereka di Gereja.  Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftaran (421455) beberapa hari sebelum kursus bermula.  Jadual adalah seperti berikut :

    Dalam Bahasa Malaysia  :  2hb Mei (Sabtu) dari jam 8.00 pagi – 1.30 petang
                                         di Dewan Serbaguna, St. Joseph

·         Dalam Bahasa Inggeris  :  16hb Mei  (Sabtu) dari jam 8.00 pagi – 12.30 tengahari
                                            di Bilik Persidangan, Paroki, St. Joseph
·        Bukan pada 25hb April seperti yang dijadualkan – Harap maklum!

3.  MISA DALAM  BAHASA KENYAH-KAYAN 
    Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong        
    Tarikh  :  Ahad, 3hb Mei       Masa :  11.00 pagi
Semua adalah dijemput datang ke Misa ini.

4. KURSUS  PEMBAPTISAN  BAYI  DALAM  BAHASA  INGGERIS
   Tempat :  Katedral St. Joseph         
   Tarikh   :  3hb –4hb Mei          Masa  :  7.30 malam

Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 5hb Mei, jam 5.30 petang.  Para ibu bapa dan wali yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan adalah dikehendaki untuk menyertai kursus ini.  Sila bawa bersama Buku Keluarga dan salinan fotostat Sijil Lahir anak.  Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pejabat Paroki. 

5.   RALLY  REMAJA  2015
Pada tahun ini Rally Remaja untuk para remaja yang berumur antara 13 – 19 tahun adalah seperti berikut:
      Tempat :  Hotel Imperial Ballroom, Miri
      Tarikh  :  18hb – 20hb Julai
 Tiket-tiket untuk Rally ini dijual bermula dari minggu ini.  Para ibu bapa diminta menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai Rally ini.