26HB APRIL, 2015 - MINGGU PASKA KE EMPAT

1.   PENTAHBISAN  KEPADERIAN   
Segala puji dan syukur kepada Allah Maha Kuasa, Keuskupan Miri, dengan sukacitanya  mengumumkan dan menjemput semua umat paroki untuk menghadiri upacara
Pentahbisan  Kepaderian  Reverend Deacon Sylvester Ngau Juk dan Reverend Deacon Martin Vincent Anak Sta.  Melalui doa Roh Kudus dan pengenaan tangan oleh
Bapa Uskup kita, Right Reverend  Richard Ng, pada hari Jumaat, 1 Mei 2015 jam 8.00 pagi
di Gereja St. Dominic dan Rosari, Taman Tunku, Miri. 
Sama-samalah kita datang untuk menyokong bakal-bakal paderi kita.   Bagi memudahkan para umat ke sana dengan berkenderaan masing-masing, anda adalah digalakkan untuk berkongsi kereta.  Harap maklum.

2.  SANTO  YOSEF  PEKERJA  -  JUMAAT, 1HB MEI
Dimaklumkan bahawa tiada Misa Pagi di Katedral St. Joseph dan Gereja Mater Dei, Lutong pada 1hb Mei.  Ini disebabkan upacara Pentahbisan Kepaderian diadakan pada hari tersebut.  Misa Pagi di Carmelite’s Chapel diadakan seperti biasa pada jam 6.15 pagi.  Sekali lagi menjemput semua umat datang ke upacara Pentahbisan Kepaderian di Gereja St. Dominic dan Rosary, Taman Tunku.  Para umat digalakan untuk berkongsi kereta semasa ke upacara Pentahbisan tersebut. 

3.  KURSUS PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI (NFP)
Kursus ini adalah untuk mereka yang ingin berkahwin dan pasangan yang sudah berkahwin dan ingin pemberkatan perkahwinan mereka di Gereja.  Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftaran (421455) beberapa hari sebelum kursus bermula.  Jadual adalah seperti berikut :

    Dalam Bahasa Malaysia  :  2hb Mei (Sabtu) dari jam 8.00 pagi – 1.30 petang
                                           di Dewan Serbaguna, St. Joseph

    Dalam Bahasa Inggeris  :  16hb Mei  (Sabtu) dari jam 8.00 pagi – 12.30 tengahari
                                           di Bilik Persidangan, Paroki, St. Joseph

4.   MISA DALAM  BAHASA KENYAH-KAYAN 
    Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong        Tarikh  :  Ahad, 3hb Mei       Masa :  11.00 pagi
Semua adalah dijemput datang ke Misa ini.

5.  KURSUS  PEMBAPTISAN  BAYI  DALAM  BAHASA  INGGERIS
    Tempat :  Katedral St. Joseph          Tarikh  :  3hb –4hb Mei          Masa  :  7.30 malam
Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 5hb Mei, jam 5.30 petang.  Para ibu bapa dan wali yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan adalah dikehendaki untuk menyertai kursus ini.  Sila bawa bersama Buku Keluarga dan salinan fotostat Sijil Lahir anak.  Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pejabat Paroki. 

6.   JUALAN  BUNGA
Bersempena dengan Hari Ibu, pada 10hb Mei, jambangan bunga akan dijual di perkarangan Katedral St. Joseph dan Carmelite’s Chapel. Tolong jangan beli bunga yang dijual di luar kawasan Gereja.  Harap maklum.   Sila sokong dengan murah hati.  Terima kasih. 

7.   RALLY  REMAJA  2015
Pada tahun ini Rally Remaja untuk para remaja yang berumur antara 13 – 19 tahun adalah seperti berikut:    
      Tempat :  Hotel Imperial Ballroom, Miri         Tarikh  :  18hb – 20hb Julai  
Tiket-tiket untuk Rally ini ada dijual.  Para ibu bapa diminta menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai Rally ini.