10HB MEI, 2015 MINGGU PASKA KE ENAM

1.  RETRET  TAHUNAN  PARA  PADERI
Para paderi Keuskupan Miri akan mengadakan Retret Tahunan dari hari esok, Isnin, 11hb Mei sehingga hari Sabtu, 16hb Mei.  Reverend Fr. Gregory Hon, paderi Carmelite yang akan merayakan Misa Harian seperti berikut:
     Katedral St. Joseph :  7.00 malam dari 11hb  - 15hb Mei
     Carmelite’s Chapel  :   6.15 pagi  (seperti biasa)
     Gereja Mater Dei, Lutong – Tiada Misa Pagi 
 Harap maklum.

 2.  HARI  RAYA  KENAIKAN TUHAN  (ASCENSION OF THE LORD)
Dimaklumkan bahawa Misa Hari Raya Kenaikan Tuhan akan dirayakan pada hari Ahad, 17hb Mei bukannya pada hari Khamis, 14hb Mei. Harap maklum.

3.   NOVENA  KEPADA  ROH  KUDUS 
Sembilan Malam Novena kepada Roh Kudus dalam pelbagai bahasa akan berlangsung  dari 15hb – 23hb Mei, jam 7.30 malam di tempat seperti berikut:


        Katedral St. Joseph  :  dalam Bahasa Inggeris
        St. Francis of Assisi’s Chapel  :  dalam Bahasa Mandarin  (7.00 malam)
        Gereja Mater Dei, Lutong    :  dalam Bahasa Iban
        St. Anthony of Padua’s Chapel, Tudan :  dalam Bahasa Malaysia
   Semua umat adalah dijemput untuk mengikuti Novena ini. 

4.  KURSUS PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI (NFP)
Kursus ini adalah untuk mereka yang ingin berkahwin dan pasangan yang sudah berkahwin dan ingin pemberkatan perkahwinan mereka di Gereja.  Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftaran (421455) beberapa hari sebelum kursus bermula.  Jadual adalah seperti berikut :
    Dalam Bahasa Inggeris  :  16hb Mei  (Sabtu) dari jam 8.00 pagi – 12.30 tengahari
                                           di Bilik Persidangan, Paroki, St. Joseph

   Dalam Bahasa Iban       :    23hb Mei (Sabtu) dari jam 9.00 pagi – 1.30 petang
                                          di St. Anthony’s Chapel, Pujut Corner

5.  MISA  PENGUATAN UNTUK PAROKI KATEDRAL MIRI
     Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong
     Tarikh   :  Ahad, 24hb Mei  (Minggu Pentekosta)       Masa :  11.00 pagi

6.  JUALAN  BUNGA
Bersempena dengan Hari Ibu jambangan bunga sedang dijual di

perkarangan Gereja.  Sila sokong dengan murah hati.  Terima kasih.