17HB MEI, 2015 HARI RAYA KENAIKAN TUHAN

1.   NOVENA  KEPADA  ROH  KUDUS  
Sembilan Malam Novena kepada Roh Kudus dalam pelbagai bahasa telahpun berlangsung  dari 15hb – 23hb Mei, jam 7.30 malam di tempat seperti berikut:

        Katedral St. Joseph  :  dalam Bahasa Inggeris
        St. Francis of Assisi’s Chapel  :  dalam Bahasa Mandarin  (7.00 malam)
        Gereja Mater Dei, Lutong    :  dalam Bahasa Iban
        St. Anthony of Padua’s Chapel, Tudan :  dalam Bahasa Malaysia

Perhatian :  Dimaklumkan Tiada Holy Hour pada hari Rabu, 20hb May dan Novena pada hari Sabtu, 23hb May.  Harap maklum.

2.  KURSUS PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI DALAM  BAHASA IBAN
Kursus ini adalah untuk mereka yang ingin berkahwin dan pasangan yang sudah berkahwin dan ingin pemberkatan perkahwinan mereka di Gereja.  Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftaran (421455) beberapa hari sebelum kursus bermula.  Jadual adalah seperti berikut :
      Tempat :  St. Anthony’s Chapel, Pujut Corner
      Tarikh   :  23hb Mei (Sabtu)  Masa :  dari 9.00 pagi – 1.30 petang

3.  MISA  PENGUATAN UNTUK PAROKI KATEDRAL MIRI
     Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong
     Tarikh   :  Ahad, 24hb Mei  (Minggu Pentekosta)       Masa :  11.00 pagi

4.  MISA  KENYAH-KAYAN
Reverend Fr. Sylvester Ngau Juk akan merayakan Misa Pertamanya dalam Bahasa Kenyah-Kayan seperti berikut:
     Tempat  :  Gereja Mater Dei, Lutong
     Tarikh   :  Sabtu, 30hb Mei          Masa :  6.00 petang
Dimaklumkan bahawa diadakan jamuan malam selepas Misa selesai dan diminta membawa  makanan dan minuman untuk dikongsikan bersama.   Semua adalah dijemput datang untuk menyokong paderi baru kita.

5.   RALLY  REMAJA  2015
Pada tahun ini Rally Remaja untuk para remaja yang berumur antara 13 – 19 tahun adalah seperti berikut:  
      Tempat :  Hotel Imperial Ballroom, Miri       Tarikh  :  18hb – 20hb Julai
Tiket-tiket untuk Rally ini ada dijual.  Para ibu bapa diminta menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai Rally ini.

6.  JUALAN  BUNGA 
Kumpulan Jualan Bunga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membeli bunga sempena Hari Ibu pada minggu lepas.  Terima kasih atas sokongan dan Tuhan memberkati.