3HB MEI, 2015 - MINGGU PASKA KE LIMA

1.   HARI  RAYA  KENAIKAN TUHAN  -  KHAMIS, 14HB MEI
Ianya adalah HARI RAYA KEWAJIBAN  dan jadual Misa Kudus adalah seperti berikut:
      Carmelite’s Chapel   :  6.15 pagi dalam Bahasa Inggeris     
      Katedral St. Joseph  :  7.00 petang dalam Bahasa Inggeris
Semua umat adalah dijemput datang ke Misa Kudus ini.

2.   NOVENA  KEPADA  ROH  KUDUS 
Sembilan Malam Novena kepada Roh Kudus dalam pelbagai bahasa telahpun berlangsung  dari 15hb – 23hb Mei, jam 7.30 malam di tempat seperti berikut:

        Katedral St. Joseph  :  dalam Bahasa Inggeris
        St. Francis of Assisi’s Chapel  :  dalam Bahasa Mandarin  (7.00 malam)
        Gereja Mater Dei, Lutong    :  dalam Bahasa Iban
        St. Anthony of Padua’s Chapel, Tudan :  dalam Bahasa Malaysia
   Semua umat adalah dijemput untuk mengikuti Novena ini. 

3.  KURSUS PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI (NFP)
Kursus ini adalah untuk mereka yang ingin berkahwin dan pasangan yang sudah berkahwin dan ingin pemberkatan perkahwinan mereka di Gereja.  Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftaran (421455) beberapa hari sebelum kursus bermula.  Jadual adalah seperti berikut :
    Dalam Bahasa Inggeris  :  16hb Mei  (Sabtu) dari jam 8.00 pagi – 12.30 tengahari
                                           di Bilik Persidangan, Paroki, St. Joseph

   Dalam Bahasa Iban       :    23hb Mei (Sabtu) dari jam 9.00 pagi – 1.30 petang
                                          di St. Anthony’s Chapel, Pujut Corner

4.  JUALAN  BUNGA
Bersempena dengan Hari Ibu, pada 10hb Mei, jambangan bunga akan dijual di perkarangan Katedral St. Joseph dan Carmelite’s Chapel. Tolong jangan beli bunga yang dijual di luar kawasan Gereja.  Harap maklum.   Sila sokong dengan murah hati.  Terima kasih. 

5.   RALLY  REMAJA  2015
Pada tahun ini Rally Remaja untuk para remaja yang berumur antara 13 – 19 tahun adalah seperti berikut:    
      Tempat :  Hotel Imperial Ballroom, Miri         
      Tarikh  :  18hb – 20hb Julai  
Tiket-tiket untuk Rally ini ada dijual.  Para ibu bapa diminta menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai Rally ini.