14HB JUN, 2015 - MINGGU BIASA KE-11

1.  KURSUS  LITURGI  DALAM  BAHASA  MALAYSIA  BAGI  PAROKI  ST. JOSEPH
Dimaklumkan Paroki St. Joseph kita akan mengendalikan suatu Kursus Liturgi bagi semua petugas dalam semua bidang ministri dari 25hb – 27hb Jun, bertempat di St. Francis of Assisi’s Chapel, Tanjong Lobang.  Semua Koordinator, Pengulas, Pembaca, Pendoa Umat, Pemain Muzik dan Koir, Putera Altar, Sakristan dan Warden adalah WAJIB untuk mengikuti kursus tersebut.  Sila mendaftar di tempat Gereja anda sebaik saja Misa Kudus Selesai.

2.  KURSUS PRA-PERKAHWINAN
Kursus ini adalah untuk pasangan yang akan berkahwin dan yang sudah berkahwin dan ingin pemberkatan perkahwinan di Gereja.  Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran (421455) beberapa hari sebelum kursus bermula.  Jadualnya adalah seperti berikut:      
     Kursus Dalam Bahasa Inggeris :
          Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong        Tarikh :  4hb – 5hb Julai (Sabtu – Ahad)

     Kursus Dalam Bahasa Mandarin :
           Tempat :  Bilik Persindangan, Paroki St. Joseph    Tarikh :  11hb – 12hb Julai (Sabtu – Ahad)

3. KURSUS  PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI  (NFP)
Kursus Perancang Keluarga Semulajadi diadakan seperti berikut:
    Dalam Bahasa Mandarin :
           Tempat :   Rumah Paderi Lama, St. Joseph
           Tarikh  :   Ahad, 5hb Julai     Masa :  9.00 pagi – 1.30 petang

    Dalam Bahasa Iban :
          Tempat :  St. Anthony’s Chapel, Pujut Corner
          Tarikh  :   Sabtu, 18hb Julai,    Masa :  9.00 pagi – 1.30 petang

   Dalam Bahasa Inggeris :
           Tempat :  Bilik Persidangan, Paroki St. Joseph
           Tarikh  :   Sabtu, 25hb Julai     Masa :  8.00 pagi – 12.30 tengahari

Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran beberapa hari sebelum kursus bermula.

4.  SEMINAR  KANAK-KANAK DALAM  BAHASA  MALAYSIA
Kanak-kanak yang berumur 10 – 12 tahun adalah dijemput menyertai seminar ini yang akan diadakan pada 17hb Julai hingga 20hb Julai, bertempat di St. Francis of Assisi Chapel, Tanjong Lobang.  Pendaftaran bermula pada hari Jumaat, 17hb Julai, jam 7.00 pagi.  Yuran:  RM 20.00 seorang.  Untuk keterangan lanjut sila hubungi Sylvianna Ting(421455) di pejabat Paroki St. Joseph atau Anne Clare Leong (013-5633714).

5.   RALLY  REMAJA  2015
Pada tahun ini Rally Remaja untuk para remaja yang berumur antara 13 – 19 tahun adalah seperti berikut:  
      Tempat :  Hotel Imperial Ballroom, Miri       Tarikh  :  18hb – 20hb Julai
Tiket-tiket untuk Rally ini ada dijual.  Para ibu bapa diminta menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai Rally ini.