21HB JUN, 2015 - MINGGU BIASA KE-12

1.  KURSUS  LITURGI  DALAM  BAHASA  MALAYSIA  BAGI  PAROKI  ST. JOSEPH
Dimaklumkan Paroki St. Joseph kita akan mengendalikan satu Kursus Liturgi bagi para petugas dalam semua bidang ministri  seperti berikut :

    Tempat :  St. Francis of Assisi’s Chapel, Tanjong Lobang.

    Tarikh  :  Khamis, 25hb dan Jumaat, 26hb Jun jam 7.30 malam
                 Sabtu, 27hb Jun, (siang sehingga malam bermula jam 8.00 pagi)

Semua Koordinator, Pengulas, Pembaca, Pendoa Umat, Pemain Muzik dan Koir, Putera Altar, Sakristan dan Warden adalah WAJIB untuk mengikuti kursus tersebut.  Sila mendaftar di tempat Gereja anda sebaik saja Misa Kudus Selesai.

2.  KURSUS PRA-PERKAHWINAN  
Kursus ini adalah untuk pasangan yang akan berkahwin dan yang sudah berkahwin dan ingin pemberkatan perkahwinan di Gereja.  Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran (421455) beberapa hari sebelum kursus bermula.  Jadualnya adalah seperti berikut:     
  
     Kursus Dalam Bahasa Inggeris :
          Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong       Tarikh :  4hb – 5hb Julai (Sabtu – Ahad)

     Kursus Dalam Bahasa Mandarin :
           Tempat :  Bilik Persindangan, Paroki St. Joseph    Tarikh :  11hb – 12hb Julai (Sabtu – Ahad)

3. KURSUS  PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI  (NFP)
Kursus Perancang Keluarga Semulajadi diadakan seperti berikut:
    Dalam Bahasa Mandarin : 
           Tempat :   Rumah Paderi Lama, St. Joseph
           Tarikh  :   Ahad, 5hb Julai      Masa :  9.00 pagi – 1.30 petang

    Dalam Bahasa Iban :
          Tempat :  St. Anthony’s Chapel, Pujut Corner  
          Tarikh  :   Sabtu, 18hb Julai,    Masa :  9.00 pagi – 1.30 petang

Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran beberapa hari sebelum kursus bermula.

4.  MISA KENYAH-KAYAN
       Tempat : Gereja Mater Dei, Lutong     
      Tarikh   :  Sabtu, 5hb Julai      Masa :  11.00 pagi
Semua adalah dijemput hadir.

5.   RALLY  REMAJA  2015
Pada tahun ini Rally Remaja untuk para remaja yang berumur antara 13 – 19 tahun adalah seperti berikut:   Tempat :  Hotel Imperial Ballroom, Miri        Tarikh  :  18hb – 20hb Julai  
                          Tarikh tutup pendaftaran :  Sabtu, 4hb Julai
Tiket-tiket untuk Rally ini ada dijual.  Para ibu bapa diminta menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai Rally ini.