28hB JUN, 2015 MINGGU BIASA KE-13

1.  KURSUS PRA-PERKAHWINAN  
Kursus ini adalah untuk pasangan yang akan berkahwin dan yang sudah berkahwin dan ingin pemberkatan perkahwinan di Gereja.  Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran (421455) beberapa hari sebelum kursus bermula.  Jadualnya adalah seperti berikut:    
 
     Kursus Dalam Bahasa Inggeris :
          Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong       Tarikh :  4hb – 5hb Julai (Sabtu – Ahad)

     Kursus Dalam Bahasa Mandarin :
           Tempat :  Bilik Persindangan, Paroki St. Joseph    Tarikh :  11hb – 12hb Julai (Sabtu – Ahad)

Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran beberapa hari sebelum kursus bermula.

2.  MISA KENYAH-KAYAN 
       Tempat : Gereja Mater Dei, Lutong      Tarikh   :  Sabtu, 5hb Julai      Masa :  11.00 pagi
Semua adalah dijemput hadir.

3.   RALLY  REMAJA  2015
Pada tahun ini Rally Remaja untuk para remaja yang berumur antara 13 – 19 tahun adalah seperti berikut:   Tempat :  Hotel Imperial Ballroom, Miri        Tarikh  :  18hb – 20hb Julai
                          Tarikh tutup pendaftaran :  Sabtu, 4hb Julai
Tiket-tiket untuk Rally ini ada dijual.  Para ibu bapa diminta menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai Rally ini.  Baju T (T-shirts) dijual selepas Misa selesai hari ini adalah untuk kutipan dana bagi Rally Remaja.  Sila sokong dengan murah hati.

4.   MISA  PENUTUPAN  GAWAI
      Tempat  :  Gereja St. Dominic dan Rosari Taman Tunku
      Tarikh    :  Sabtu, 4hb Julai                 Masa  :  6.30 petang
Selebran  :  Reverend Father Guido Gockel
Misa Kudus diadakan dalam Bahasa Malaysia.  Para umat adalah dijemput datang.  Jamuan Gawai bersama diadakan selepas Misa Kudus dan sila bawa makanan dan minuman untuk dikongsi bersama.

5.  KEDAI  BUKU  KARMELAIT  (CARMELITE)
Sukacita dimaklumkan bahawa Kedai Buku Karmelait ditempatkan semula dan diberkat oleh Bapa Uskup kita, Right Reverend, Richard Ng pada 19hb Jun, 2015.  Waktu beroperasi adalah seperti berikut:
       Isnin – Jumaat : 9.00 pagi – 3.00 petang
       Sabtu :  9.00 pagi – 12.00 tengahari
       Ahad / Cuti Umum :  selepas Misa Kudus

6.  *  Perhatian :  Adalah dimaklumkan bahawa pintu pagar sebelah Katedral St Joseph di belakang Majlis Bandaraya Miri ( MBM ) akan dibuka pada jam 6.30 pagi pada hari Ahad. Bermula dari minggu hadapan, maka para umat adalah dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan anda di tempat letak kereta MCC . Jangan meletakkan kenderaan di tepi jalan kerana ia adalah tempat letak kenderaan yang tidak dibenarkan.