7HB JUN, 2015 - HARI RAYA TUBUH DAN DARAH KRISTUS

1.  SEMINAR KANAK-KANAK
Pusat Perkhidmatan Manusia atau Human Life Service (HLS) akan mengadakan sebuah Seminar Kanak-Kanak untuk kanak-kanak dari umur 4 hingga ke 12 tahun.  Seminar ini  menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.

Tempat : Gereja Mater Dei, Lutong
Tarikh : 8hb -9hb  Jun (Isnin dan Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang (8hb Jun) dan 8.00 pagi - 1.00 petang (9hb Jun)
         Tarikh Pendaftaran :  7.30 pagi pada hari Isnin, 8hb Jun (hari esok)
         Yuran Pendaftaran :  RM10.00 seorang

Oleh kerana seminar ini akan mengadakan aktiviti-aktiviti tertentu, kanak-kanak dikehendaki membawa air botol, 1 extra set pakaian and kasut.  Kanak-kanak perempuan hendaklah memakai seluar panjang dan bukan skirt ataupun gaun.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :   Grace Suling ( 016-8765964 )
                                            Alvin Kong   ( 017-2619417)


2.  PERAYAAN  HARI  RAYA  HATI  YESUS  YANG  MAHA KUDUS  
     -  JUMAAT  12HB JUN
Misa adalah seperti berikut:
     Katedral St. Joseph :  7.00 pagi dalam Bahasa Inggeris &
                                    6.00 petang dalam Bahasa Inggeris

     Gereja Mater Dei, Lutong :  6.30 pagi dalam Bahasa Inggeris &
                                             7.00  malam dalam Bahasa Iban

     Carmelite’s Chapel  :  6.15 pagi dalam Bahasa Inggeris

3.   PERAYAAN  HATI  TERSUCI  SANTO  PERAWAN  MARIA  –  SABTU, 13HB JUN
Misa Kudus adalah seperti biasa.

4.  KURSUS PRA-PERKAHWINAN DALAM  BAHASA  INGGERIS   
     Tempat  :  Gereja Mater Dei, Lutong      
     Tarikh    :  4hb – 5hb Julai (Sabtu – Ahad)
Kursus ini adalah untuk pasangan yang akan berkahwin dan yang sudah berkahwin.  Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran (421455).

5.  UCAPAN  TERIMA  KASIH
Pihak Paroki Katedral St. Joseph ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua umat yang telah murah hati menderma kepada mangsa-mangsa bencana gempa bumi di Nepal pada minggu lepas.  Hasil kutipan adalah RM24,000.00 (Dua Puluh Empat Ribu). Terima kasih atas kemurahan sumbangan dan sokongan anda.  Tuhan memberkati anda semua.