12HB JULAI, 2015 - MINGGU BIASA KE-15

1.  PERLANTIKAN  PEMBANTU  USKUP  KUCHING
Pada Khamis 9hb Julai, 2015 - Rome masa 12.00 tengah hari, waktu Malaysia kira-kira 6.00 petang Bapa Suci Paus Francis mengumumkan di Vatikan yang Rev. Fr. Simon Poh Hon Seng, Paderi Paroki Katedral St Joseph  Kuching telah dilantik sebagai Pembantu Uskup  Diocese Kuching.  Sila ingat dia dalam doa.   Harap maklum.

2.  KURSUS  PEMBAPTISAN  BAYI  DALAM  BAHASA  MALAYSIA 
Tempat  :  Katedral  St. Joseph     Tarikh  :  12hb – 13hb Julai         Masa :  7.30 malam
Kursus ini diadakan setiap malam sehinggalah pada hari Selasa, dan bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa 14hb Julai jam 5.30 petang.  Para ibu bapa dan wali yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan mestilah menghadiri ke semua sesi Kursus ini.

3.  RALLY  UNTUK  PARA  REMAJA
Semua peserta Rally ini mestilah berada di Imperial Hotel Ballroom pada jam 7.00 pagi pada hari Sabtu, 18hb Julai untuk mengambil tag nama anda.  Sila bawa baju sejuk bersama.  Harap maklum!

4.  SEMINAR  KANAK-KANAK DALAM  BAHASA  MALAYSIA
Kanak-kanak yang berumur 10 – 12 tahun adalah dijemput mengikuti seminar ini yang akan diadakan pada 17hb Julai hingga 20hb Julai, bertempat di St. Francis of Assisi Chapel, Tanjong Lobang.  Pendaftaran bermula pada hari Jumaat, 17hb Julai, jam 7.00 pagi.  Yuran:   RM20.00 seorang.  Untuk keterangan lanjut sila hubungi Sylvianna Ting (421455) di pejabat Paroki St. Joseph atau Anne Clare Leong (013-5633714). 

5.  KURSUS  PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI  (NFP)
Kursus Perancang Keluarga Semulajadi diadakan seperti berikut:
    Dalam Bahasa Iban :
          Tempat :  St. Anthony’s Chapel, Pujut Corner 
          Tarikh  :   Sabtu, 18hb Julai,    Masa :  9.00 pagi – 1.30 petang

   Dalam Bahasa Inggeris :
          Tempat :  Bilik Persidangan, Paroki St. Joseph
          Tarikh   :  Sabtu, 25hb Julai       Masa :  8.00 pagi – 12.30 tengahari

Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran beberapa hari sebelum kursus bermula.

6.  PERKHIDMATAN  KEHIDUPAN  MANUSIA (HLS) PERSIDANGAN
Persidangan HLS menangani isu-isu semasa seperti tarikan Sama-jantina dan Pornografi akan berlangsung pada 11hb dan 12hb September, di Imperial Hotel Ballroom, Miri.
Pendaftaran awal pada RM50 seorang bermula hari ini sehingga 2hb Ogos, selepas itu RM80 akan dikenakan.  Pendaftaran akan dilakukan selepas  Misa Kudus selesai hari ini.

7.  * Perhatian:  Adalah dimaklumkan bahawa pintu pagar sebelah Katedral St Joseph di belakang Majlis Bandaraya Miri ( MBM / MCC ) akan dibuka pada jam 6.30 pagi pada hari Ahad. Para umat adalah dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan anda di tempat letak kereta MCC .  Jangan meletakkan kenderaan anda di tepi jalan kerana ia adalah tempat letak kenderaan yang tidak dibenarkan ( illegal parking).