19HB JULAI, 2015 - MINGGU BIASA KE-16

1.  KURSUS  PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI  (NFP)
Kursus Perancang Keluarga Semulajadi diadakan seperti berikut:
   Dalam Bahasa Inggeris :
          Tempat :  Bilik Persidangan, Paroki St. Joseph
          Tarikh   :  Sabtu, 25hb Julai       Masa :  8.00 pagi – 12.30 tengahari 

   Dalam Bahasa Malaysia :
         Tempat :  Dewan Serbaguna St. Joseph
         Tarikh   :  Sabtu, 1hb Ogos       Masa :  8.00 pagi – 1.00 petang
Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran beberapa hari sebelum kursus bermula.

2.  KURSUS PRA-PERKAHWINAN  DALAM  BAHASA  MALAYSIA
Kursus ini adalah untuk pasangan yang akan berkahwin dan yang sudah berkahwin dan ingin pemberkatan perkahwinan di Gereja.  Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran (421455) beberapa hari sebelum kursus bermula.  Jadualnya adalah seperti berikut: 
        Tempat :  Dewan Serbaguna St. Joseph
        Tarikh   :  Sabtu, 8hb Ogos       Masa :  8.00 pagi – 5.00 petang

3.  KURSUS  PEMBAPTISAN  BAYI  DALAM  BAHASA  INGGERIS
Tempat  :  Katedral  St. Joseph    
Tarikh  :  2hb – 3hb Ogos       Masa :  7.30 malam
Kursus ini diadakan setiap malam sehinggalah pada hari Selasa, dan bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa 4hb Ogos jam 5.30 petang.  Para ibu bapa dan wali yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan mestilah menghadiri ke semua sesi Kursus ini.

4.  PERSIDANGAN  PERKHIDMATAN  KEHIDUPAN  MANUSIA (HLS)
Persidangan HLS menangani isu-isu semasa seperti tarikan Sesama-jantina dan Pornografi akan berlangsung pada 11hb dan 12hb September, di Imperial Hotel Ballroom, Miri.
Pendaftaran awal pada RM50 seorang bermula hari ini sehingga 2hb Ogos, selepas itu RM80 akan dikenakan.  Pendaftaran akan dilakukan selepas  Misa Kudus selesai hari ini. 


5.  * Perhatian:  Adalah dimaklumkan bahawa pintu pagar sebelah Katedral St Joseph di belakang Majlis Bandaraya Miri ( MBM / MCC ) akan dibuka pada jam 6.30 pagi pada hari Ahad. Para umat adalah dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan anda di tempat letak kereta MCC.   Jangan meletakkan kenderaan anda di tepi jalan kerana ia adalah tempat letak kenderaan yang tidak dibenarkan (illegal parking).  Harap maklum.