PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

26HB JULAI, 2015 - MINGGU BIASA KE-17

1.  KURSUS  PERKAHWINAN  DALAM  BAHASA  MALAYSIA
Kursus ini adalah untuk pasangan yang akan berkahwin dan yang sudah berkahwin dan ingin pemberkatan perkahwinan di Gereja.  Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran (421455) beberapa hari sebelum kursus bermula.  Jadualnya adalah seperti berikut: 

   Untuk Kursus Perancang Keluarga Semulajadi :
       Tempat :  Dewan Serbaguna St. Joseph     Tarikh :  Sabtu, 1hb Ogos     Masa :  8.00 pagi – 1.00 petang

   Untuk Kursus Pra-Perkahwinan
      Tempat :  Dewan Serbaguna St. Joseph    Tarikh :  Sabtu, 8hb Ogos       Masa :  8.00 pagi – 5.00 petang

2.  KURSUS  PEMBAPTISAN  BAYI  DALAM  BAHASA  INGGERIS
Tempat  :  Katedral  St. Joseph     Tarikh  :  2hb – 3hb Ogos        Masa :  7.30 malam
Kursus ini diadakan setiap malam  dan bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa 4hb Ogos jam 5.30 petang.  Para ibu bapa dan wali yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan mestilah menghadiri ke semua sesi Kursus ini.

3.  PERSIDANGAN  BELIA  BEKERJA KE-6
Persidangan Belia Bekerja (juga dikenali sebagai Working Youth Conference) pada tahun ini akan diadakan di Bintulu pada 29 hingga 31 Ogos.  Program ini terbuka untuk semua belia yang bekerja.  Sebuah kaunter khas disediakan diluar Gereja. Sila rujuk kepada yang bertugas untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan selepas Misa selesai. Belia-belia bekerja adalah digalakkan untuk menyertai program ini.

4.  PERSIDANGAN  PERKHIDMATAN  KEHIDUPAN  MANUSIA
     Tempat :  Imperial Hotel Ballroom, Miri.     Tarikh :  11hb dan 12hb September
Para ibu bapa, semua Katekis, Guru-guru, ahli-ahli Cell group dan Kumpulan Doa, Guru-guru Sekolah Minggu dan RCIA, remaja berumur 15 tahu ke atas, Majlis Paroki (Parish Councillors), Legion of Mary, Putera Altar, ahli-ahli Koir, dan semua ahli Gereja adalah dijemput untuk mengikuti persidangan ini.  
Pendaftaran awal pada RM50 seorang berakhir sehingga 2hb Ogos.

5.  PEMBERITAHUAN  MENGENAI  JALAN  DITUTUP
Dimaklumkan bahawa jalan ke SK St. Joseph dan Gereja St. Joseph ditutup untuk laluan Larian Amal anjuran Hotel Dynasty Miri pada hari Ahad, 2hb Ogos dari jam 4.00 pagi sehingga 10.00 pagi.  Kerjasama anda amatlah dihargai. Terima kasih.

6.  PENGHARGAAN DAN  TERIMA KASIH
Kumpulan Christ Teens ingin merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa, para dermawan, umat-umat dan semua yang telah membantu dalam apa sahaja untuk menjayakan Rally Remaja yang baru sahaja selesai pada 18hb – 20hb Julai yang lalu.  Tuhan memberkati anda semua. 


7.  * Perhatian:  Adalah dimaklumkan bahawa pintu pagar sebelah Katedral St Joseph di belakang Majlis Bandaraya Miri ( MBM / MCC ) dibuka pada jam 6.30 pagi pada hari Sabtu dan Ahad.  Para umat adalah dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan anda di tempat letak kereta MCC.   Jangan meletakkan kenderaan anda di tepi jalan kerana ia adalah tempat letak kenderaan yang tidak dibenarkan (illegal parking).  Harap maklum.