PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

5HB JULAI, 2015 MINGGU BIASA KE-14

1.   RALLY  REMAJA  2015
Rally Remaja untuk para remaja yang berumur antara 13 – 19 tahun diadakan seperti berikut:  
      Tempat :  Hotel Imperial Ballroom, Miri        Tarikh  :  18hb – 20hb Julai  

Dimaklumkan bahawa tarikh tutup pendaftaran adalah hari ini (5hb Julai).  Sila mendaftar selepas selesainya Misa Kudus hari ini.    Para ibu bapa diminta menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai Rally ini. 
Baju T (T-shirts) dijual selepas Misa selesai pada hari ini dan ianya adalah untuk mengutip dana bagi Rally Remaja.  Sokongan anda akan membantu lebih dari 200 para remaja dari luar bandar (pendalaman ) ke Miri untuk mengikuti Rally ini.     

2.  KURSUS  PEMBAPTISAN  BAYI  DALAM  BAHASA  MALAYSIA 
Tempat  :  Katedral  St. Joseph        
Tarikh    :  12hb – 13hb Julai   (bukan pada 5hb – 6hb Julai seperti dijadualkan)     
      Masa    :  7.30 malam
Kursus ini diadakan setiap malam sehinggalah pada hari Selasa, dan bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa 14hb Julai jam 5.30 petang.  Para ibu bapa dan wali yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan mestilah menghadiri ke semua sesi Kursus ini.

3.  SEMINAR  KANAK-KANAK DALAM  BAHASA  MALAYSIA
Kanak-kanak yang berumur 10 – 12 tahun adalah dijemput mengikuti seminar ini yang akan diadakan pada 17hb Julai hingga 20hb Julai, bertempat di St. Francis of Assisi Chapel, Tanjong Lobang.  Pendaftaran bermula pada hari Jumaat, 17hb Julai, jam 7.00 pagi.  Yuran:   RM20.00 seorang.  Untuk keterangan lanjut sila hubungi Sylvianna Ting (421455) di pejabat Paroki St. Joseph atau Anne Clare Leong (013-5633714). 

4.  KURSUS  PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI  (NFP)
Kursus Perancang Keluarga Semulajadi diadakan seperti berikut:
    Dalam Bahasa Iban :
          Tempat :  St. Anthony’s Chapel, Pujut Corner 
          Tarikh  :   Sabtu, 18hb Julai,    Masa :  9.00 pagi – 1.30 petang

   Dalam Bahasa Inggeris :
          Tempat :  Bilik Persidangan, Paroki St. Joseph
          Tarikh   :  Sabtu, 25hb Julai       Masa :  8.00 pagi – 12.30 tengahari

Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran beberapa hari sebelum kursus bermula.

5.  * Perhatian:  Adalah dimaklumkan bahawa pintu pagar sebelah Katedral St Joseph di belakang Majlis Bandaraya Miri ( MBM / MCC ) akan dibuka pada jam 6.30 pagi pada hari Ahad. Para umat adalah dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan anda di tempat letak kereta MCC . Jangan meletakkan kenderaan anda di tepi jalan kerana ia adalah tempat letak kenderaan yang tidak dibenarkan ( illegal parking).

6.  JUALAN  MAKANAN  DI PERKARANGAN  KATEDRAL  ST. JOSEPH 
Jualan pada hari ini adalah dianjurkan oleh Kumpulan Holy Spirit’s Chapel, Permyjaya.  Hasil jualan ini adalah untuk menjana Pembinaan Chapel Permyjaya.   Sokongan anda amatlah dihargai.   Terima kasih.