16HB OGOS, 2015 - HARI RAYA SANTA PERAWAN MARIA DIANGKAT KE SYURGA

1.  SESI SUSULAN UNTUK PARA REMAJA 
Suatu susulan pertemuan dengan para remaja yang telah menerima Sakramen Penguatan pada bulan Mei yang lalu akan diadakan seperti berikut:
     Tempat :  Katedral St. Joseph     
     Tarikh  :  Ahad, 16hb Ogos        Masa :  1.30 – 4.00 petang
Ibu bapa, sila menggalakkan anak-anak anda yang telah menerima Sakramen Penguatan pada tahun ini untuk menghadiri sesi ini. 

2.  SEMINAR  PERTUMBUHAN  DALAM  BAHASA MALAYSIA
     Tempat :  St. Anthony of Padua’s Chapel, Tudan
     Tarikh   :  28hb – 31hb Ogos (Jumaat – Isnin)
Semua adalah digalakkan untuk menyertai seminar ini. 

3.  SESI KHAS PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI (NFP)

Dr. Chan Lek Lim akan memberi ceramah mengenai Pemantauan Kesihatan Reproduktif dan “Kaedah Ovulasi Billing” pada 28hb Ogos, masa 7.30 malam di Bilik Persidangan, Rumah Paderi, Paroki St. Joseph.  Semua yang berminat sangat dialu-alukan.
Selepas ceramah tersebut beliau bersedia untuk memberi konsultasi percuma kepada pasangan yang menghadapi kesukaran untuk mencapai kehamilan, wanita yang mempunyai kitaran yang tidak teratur dan yang ingin memantau kesihatan reproduktif mereka.

4.  PERSIDANGAN  BELIA  BEKERJA KE-6
Persidangan Belia Bekerja (juga dikenali sebagai Working Youth Conference) pada tahun ini akan diadakan di Bintulu pada 29 hingga 31 Ogos.  Program ini terbuka untuk semua belia yang bekerja.  Sebuah kaunter khas disediakan di luar Gereja. Sila rujuk kepada yang bertugas untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan selepas Misa selesai.  Belia-belia bekerja adalah digalakkan untuk menyertai program ini.

5.  MISA  UJIAN  PENILAIAN  SEKOLAH  RENDAH  (UPSR) 
     Tempat :  Katedral St. Joseph      
     Tarikh  :  Sabtu, 5hb September     Masa : 2.00 petang 
Semua pelajar yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini dijemput untuk mengikuti Misa ini.  Misa ini dikendalikan dalam Bahasa Malaysia.  Para ibu bapa diminta datang bersama dengan anak-anak mereka.  Harap maklum.

6.  HUJUNG  MINGGU  CHOICE - 2  DALAM  BAHASA  MALAYSIA 
     Tempat  :  Gereja Mater Dei, Lutong         Tarikh :  18hb – 20hb  September
     Tarikh Pendaftaran :  Jumaat, 18hb September     Masa :  6.00 petang
Sila rujuk papan kenyataan Gereja untuk maklumat lanjut.