PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

23HB OGOS, 2015 - MINGGU BIASA KEDUA PULUH SATU

1.  SESI KHAS PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI (NFP)
Dr. Chan Lek Lim akan memberi ceramah mengenai Pemantauan Kesihatan Reproduktif dan “Kaedah Ovulasi Billing” pada 28hb Ogos, masa 7.30 malam di Bilik Persidangan, Rumah Paderi, Paroki St. Joseph.  Semua yang berminat sangat dialu-alukan.
Selepas ceramah tersebut beliau bersedia untuk memberi konsultasi percuma kepada pasangan yang menghadapi kesukaran untuk mencapai kehamilan, wanita yang mempunyai kitaran yang tidak teratur dan yang ingin memantau kesihatan reproduktif mereka. Satu Sesi Latihan akan diadakan di Pusat Perkhidmatan Manusia (HLS) dari 29hb – 31hb Ogos.  Untuk keterangan lanjut sila rujuk pada papan Notis Gereja.

2.  SEMINAR  PERTUMBUHAN  DALAM  BAHASA MALAYSIA
     Tempat :  St. Anthony of Padua’s Chapel, Tudan
     Tarikh   :  28hb – 31hb Ogos (Jumaat – Isnin)
     Tarikh Pendaftaran :  Jumaat, 28hb Ogos      Masa :  6.30 petang
Semua adalah digalakkan untuk menyertai seminar ini. 

3.  PERSIDANGAN  BELIA  BEKERJA KE-6
Persidangan Belia Bekerja (juga dikenali sebagai Working Youth Conference) pada tahun ini akan diadakan di Bintulu pada 29 hingga 31 Ogos.  Program ini terbuka untuk semua belia yang bekerja.  Sila rujuk kepada yang bertugas untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan selepas Misa selesai.  

4.  MISA  UJIAN  PENILAIAN  SEKOLAH  RENDAH  (UPSR) 
     Tempat :  Katedral St. Joseph      
     Tarikh  :  Sabtu, 5hb September     Masa : 2.00 petang 
Semua pelajar yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini dijemput untuk mengikuti Misa ini.  Misa ini dikendalikan dalam Bahasa Malaysia.  Para ibu bapa diminta datang bersama dengan anak-anak mereka.  Harap maklum.

5.  MISA  KENYAH-KAYAN 
     Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong      
     Tarikh  :  Ahad, 6hb September     Masa :  11.00 pagi

Semua adalah dijemput hadir.