PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

30HB OGOS, 2015 MINGGU BIASA KEDUA PULUH DUA

1.  MISA  UJIAN  PENILAIAN  SEKOLAH  RENDAH  (UPSR) 
     Tempat :  Katedral St. Joseph      
     Tarikh  :  Sabtu, 5hb September     Masa : 2.00 petang 
Semua pelajar yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini dijemput untuk mengikuti Misa ini.  Misa ini dikendalikan dalam Bahasa Malaysia.  Para ibu bapa diminta datang bersama dengan anak-anak mereka.  Harap maklum.

2.  MISA  KENYAH-KAYAN 
     Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong      
     Tarikh  :  Ahad, 6hb September     Masa :  11.00 pagi
Semua adalah dijemput hadir.

3.  “HOLY HOUR” UNTUK PANGGILAN
Komuniti Carmelite akan mengendalikan “Holy Hour” untuk Panggilan.  Ianya diadakan pada setiap hari Isnin, bermula pada 7hb September seperti berikut:
      Tempat :  Carmelite Chapel               Masa :  7.30 – 8.30 malam
Semua adalah dijemput hadir dan berdoa untuk panggilan bagi Keuskupan kita.

4.  PERSIDANGAN  PERKHIDMATAN  KEHIDUPAN  MANUSIA  (HLS)
Para umat  dewasa dan remaja adalah dialu-alukan dan digalakkan untuk datang ke Persidangan ini pada 11hb – 12hb September  di Imperial Hotel Ballroom.  Yuran adalah  RM50 seorang.  Sila mendaftar dengan pejabat Paroki atau di Pusat Khidmat Kehidupan Manusia. 

5.  KURSUS  UNTUK  PELAYAN  KOMUNI  LUARBIASA DAN KOMUNI ORANG SAKIT 
     YANG  SEKARANG DAN YANG BARU
    Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong
    Tarikh   :  15hb – 16hb September
    Masa  :  6.30 petang – 9.00 malam, hari Selasa, 15hb September
                  8.00 pagi – 10.00 malam, hari Rabu, 16hb September
   Yuran Pendaftaran :  RM20.00
Kehadiran adalah wajib.