PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

9HB OGOS, 2015 - MINGGU BIASA KE-19 - B

1.  HARI RAYA SANTA  PERAWAN MARIA DIANGKAT KE SYURGA  -  15HB OGOS

Persidangan Uskup-Uskup Katolik Malaysia-Singapura-Brunei telah menetapkan bahawa Hari Raya Santa Perawan Maria Diangkat ke Syurga akan dirayakan pada hari Sabtu Sunset Mass (15hb Ogos) dan semua Misa Kudus pada hari Ahad (16hb Ogos) mengikut Liturgi dari Perayaan tersebut dan bukan Liturgi Ahad, Minggu Masa Biasa ke-20.   Liturgi pada pagi Sabtu adalah Minggu Masa Biasa ke-19. 
Harap maklum.

2.  PERHIMPUNAN MALAM UNTUK PARA BELIA
Perhimpunan Malam Untuk Para Belia ini akan diadakan seperti berikut:
     Tempat :  Dewan Serbaguna St. Joseph
     Tarikh   :  Sabtu, 15hb Ogos         Masa :  7.30 malam – 9.30 malam
     Tema :  “Akulah Roti Kehidupan”
Ianya terbuka kepada semua belia.  Datanglah dan marilah sama-sama kita memuji dan memuliakan nama Tuhan.

3.  SEMINAR  PERTUMBUHAN  DALAM  BAHASA MALAYSIA
     Tempat :  St. Anthony of Padua’s Chapel, Tudan
     Tarikh   :  28hb – 31hb Ogos (Jumaat – Isnin)
Semua adalah digalakkan untuk menyertai seminar ini. 

4.  SESI KHAS PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI (NFP)


Dr. Chan Lek Lim akan memberi ceramah mengenai Pemantauan Kesihatan Reproduktif dan “Kaedah Ovulasi Billing” pada 28hb Ogos, masa 7.30 malam di Bilik Persidangan, Rumah Paderi, Paroki St. Joseph.  Semua yang berminat sangat dialu-alukan.
Selepas ceramah tersebut beliau bersedia untuk memberi konsultasi percuma kepada pasangan yang menghadapi kesukaran untuk mencapai kehamilan, wanita yang mempunyai kitaran yang tidak teratur dan yang ingin memantau kesihatan reproduktif mereka.

5.  PERSIDANGAN  BELIA  BEKERJA KE-6


Persidangan Belia Bekerja (juga dikenali sebagai Working Youth Conference) pada tahun ini akan diadakan di Bintulu pada 29 hingga 31 Ogos.  Program ini terbuka untuk semua belia yang bekerja.  Sebuah kaunter khas disediakan di luar Gereja. Sila rujuk kepada yang bertugas untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan selepas Misa selesai.  Belia-belia bekerja adalah digalakkan untuk menyertai program ini.