13HB SEPTEMBER, 2015 MINGGU BIASA KEDUA PULUH EMPAT

1.  PERAYAAN  PENEMUAN SALIB SUCI - ISNIN, 14HB SEPTEMBER
Misa Kudus adalah seperti berikut:
     Katedral St. Joseph  :  7.00 pagi  &  6.00 petang dalam Bahasa Inggeris
     Carmelite’s Chapel   :  6.15 pagi dalam Bahasa Inggeris
     Gereja Mater Dei, Lutong :  6.30 pagi dalam Bahasa Inggeris

2.  KURSUS  UNTUK  PELAYAN  KOMUNI  LUARBIASA  DAN KOMUNI ORANG SAKIT 
     YANG  SEKARANG DAN YANG BARU
     Tempat :  St. Francis of Assisi’s Chapel, Jalan Brighton      Tarikh :  14hb – 16hb September
     Tarikh Pendaftaran :  Isnin, 14hb September    Masa :  6.30 petang
     Yuran Pendaftaran :  RM20.00
Kehadiran adalah wajib.

3.  SERVIS  DOA SEMPENA  HARI MALAYSIA 2015
     Tempat :  Gereja Methodist Mei An  ( berdekatan Hotel Dynasty )
     Tarikh   :  Rabu, 16hb September           Masa :  7.30 malam
     Tema    :  “Bekerja Dalam Satu Tubuh”
Servis Doa ini dikendalikan oleh Persatuan Gereja-Gereja Kristian.  Semua umat digalakkan datang menghadiri Servis Doa ini untuk berdoa bagi Negara kita dalam perpaduan  dengan mazhab-mazhab lain. 

4.  HUJUNG  MINGGU  CHOICE - 2  DALAM  BAHASA  MALAYSIA 
Hujung Minggu Choice 2 yang dijadualkan pada 18hb - 20hb September ditunda ke tarikh yang akan diumumkan kemudian. Penundaan tarikh berkenaan adalah atas sebab yang tidak dapat dielakkan.  Sebarang kesukaran amatlah dikesali. 

5.  JEMPUTAN SEMUA PELAJAR BARU  KATOLIK  KE UNIVERSITI  MALAYA
Gereja Paroki St. Francis Xavier ingin menjemput semua pelajar baru yang akan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya untuk ke acara Malam Suai Kenal  mereka seperti berikut:
      Tarikh   :  19hb September         Masa :  4:30 petang -10.00 malam
      Tempat :  Gereja St. Francis Xavier, 135, Jalan Gasing, 46000 Petaling Jaya
Tujuan acara ini adalah untuk menyediakan mereka dengan sokongan masyarakat kerana mereka menetap di persekitaran yang baru, dan untuk memberi mereka peluang untuk mengenali pelajar Katolik lain yang menuntut di Universiti Malaya.   Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jessie Jeffery (011-19066327) atau Christal Asong (017-5878487) atau rujuk pada pada Notis Gereja.

6.  KEM  LITURGI  KANAK-KANAK
     Tempat :  St. Francis of Assisi Chapel, Jalan Brighton     Tarikh :  24hb -26hb  September
Kanak-kanak berumur 10 -12 tahun digalakkan untuk menyertai Kem Liturgi ini. Untuk keterangan lanjut sila rujuk pada Notis Gereja.

7.  MENGUMPUL  BARANGAN  KITAR SEMULA
Kumpulan Remaja Cina akan mengadakan Koleksi Barangan Kitar Semula seperti tin minuman, botol plastik dan surat khabar lama sebagai berikut:
     Tarikh :  Sabtu, 26hb September      Masa:  2.00 – 4.00 petang

     Lokasi :  Depan "pokok besar" di hadapan Rumah Paderi, Katedral St. Joseph