PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

20HB SEPTEMBER, 2015 - MINGGU BIASA KEDUA PULUH LIMA

1.  KEM  LITURGI  KANAK-KANAK
     Tempat :  St. Francis of Assisi Chapel, Jalan Brighton     Tarikh :  24hb -26hb  September
     Tarikh Pendaftaran : Khamis, 24hb Oktober    Masa :  7.00 – 8.30 pagi
     Yuran Pendataran :  RM20.00
Kanak-kanak berumur 10 -12 tahun digalakkan untuk menyertai Kem Liturgi ini. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Cornelies Bujang (010-4090551) atau Sylvianna Ting di pejabat Paroki (421455) atau rujuk pada Notis Gereja.

2.  MISA  UJIAN  BAGI  PT3, SPM DAN STPM
       Tempat :   Katedral St. Joseph         Tarikh :   Sabtu, 26hb September     Masa :  2.00 petang
Misa ini adalah khas untuk semua pelajar yang menduduki ujian PT3, SPM dan STPM. 
Para ibu bapa adalah digalakkan datang bersama dengan anak-anak mereka ke Misa Ujian ini.  Harap maklum.

3.  MENGUMPUL  BARANGAN  KITAR SEMULA
Kumpulan Remaja Cina akan mengadakan Koleksi Barangan Kitar Semula seperti tin minuman, botol plastik dan surat khabar lama sebagai berikut:
     Tarikh :  Sabtu, 26hb September      Masa :  2.00 – 4.00 petang
     Lokasi :  Depan "pokok besar" di hadapan Rumah Paderi, Katedral St. Joseph

4.  PERHIMPUNAN  PARA BELIA
     Tempat :  Dewan Serbaguna St. Joseph
     Tarikh   :  Sabtu, 26hb September          Masa :  7.30 – 9.30 malam
Datanglah beramai-ramai untuk mengenali Tuhan, sumber kekuatan kita.

5.  KURSUS LITURGI
Paroki St. Joseph akan mengadakan Kursus Liturgi dalam Bahasa Inggeris seperti berikut: 
     Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong        Tarikh :  1hb - 3hb Oktober
     Masa :  1hb – 2hb Oktober dari jam 7.00 malam – 9.00 malam  
                3hb Oktober dari jam 8.00 pagi – 10.00 malam
Bagi mereka yang melayani dalam Misa Kudus Bahasa Inggeris dan Mandarin ; yakni para Pengulas, Pembaca, Pembaca Doa Umat, Kantor, Koir,  Warden, Pelayan Altar, Sakristan, dan kumpulan mengubah bunga haruslah menghadiri kursus ini.  Yuran pendaftaran adalah RM20.00 seorang.  Sila daftar dengan Koordinator Misa masing-masing.

6.  KURSUS  PEMBAPTISAN  BAYI  DALAM  BAHASA  MALAYSIA 
Tempat :  Katedral  St. Joseph        Tarikh :  4hb – 5hb Oktober         Masa :  7.30 malam
Kursus ini diadakan setiap malam sehinggalah pada hari Selasa, dan bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 6hb Oktober jam 5.30 petang.  Para ibu bapa dan wali yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan mestilah menghadiri ke semua sesi Kursus ini.

7.  KURSUS  PRA-PERKAHWINAN DALAM  BAHASA  INGGERIS
     Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong       Tarikh :  10hb – 11hb Oktober
Kursus ini adalah untuk pasangan yang akan berkahwin dan yang sudah berkahwin.  Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran (421455). 

8.  BORANG TEMPAHAN BAJU – T  PERARAKAN  KRISMAS 2015
Borang Tempahan Baju – T Perarakan Krismas  2015  kini boleh didapati daripada para petugas yang ditugaskan.  Sila rujuk pada Notis Gereja untuk nama-nama petugas tersebut.