27HB SEPTEMBER, 2015 - MINGGU BIASA KEDUA PULUH ENAM

1.  KURSUS LITURGI  DALAM  BAHASA  INGGERIS
Paroki St. Joseph akan mengadakan Kursus Liturgi dalam Bahasa Inggeris seperti berikut: 
     Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong      
     Tarikh  :  1hb - 3hb Oktober
     Masa   :  1hb – 2hb Oktober dari jam 7.00 malam – 9.00 malam  
                   3hb Oktober dari jam 8.00 pagi – 10.00 malam
Bagi mereka yang melayani dalam Misa Kudus Bahasa Inggeris dan Mandarin ; yakni para Pengulas, Pembaca, Pembaca Doa Umat, Kantor, Koir,  Warden, Pelayan Altar, Sakristan, dan kumpulan mengubah bunga haruslah menghadiri kursus ini.  Yuran pendaftaran adalah RM20.00 seorang.  Sila daftar dengan Koordinator Misa masing-masing.

2.  KURSUS  PEMBAPTISAN  BAYI  DALAM  BAHASA  MALAYSIA 
Tempat :  Katedral  St. Joseph         
Tarikh   :  4hb – 5hb Oktober        Masa    :  7.30 malam
Kursus ini diadakan setiap malam sehinggalah pada hari Selasa, dan bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 6hb Oktober jam 5.30 petang.  Para ibu bapa dan wali yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan mestilah menghadiri ke semua sesi Kursus ini.

3.  KURSUS  PRA-PERKAHWINAN
Kursus ini adalah untuk pasangan yang akan berkahwin dan yang sudah berkahwin.  Jadual kursus adalah seperti berikut :
     Dalam Bahasa Mandarin
        Tempat :  Bilik Persidangan St. Joseph
        Tarikh  :  10hb – 11hb Oktober

    Dalam Bahasa Inggeris :
       Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong      
       Tarikh  :  10hb – 11hb Oktober
Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran (421455). 

4.  BORANG TEMPAHAN BAJU – T  PERARAKAN  KRISMAS 2015
Borang Tempahan Baju – T Perarakan Krismas  2015  kini boleh didapati daripada para petugas yang ditugaskan.  Sila rujuk pada Notis Gereja untuk nama-nama petugas tersebut.