PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

6HB SEPTEMBER, 2015 MINGGU BIASA KEDUA PULUH TIGA

1.  “HOLY HOUR” UNTUK PANGGILAN
Komuniti Carmelite akan mengendalikan “Holy Hour” untuk Panggilan.  Ianya diadakan pada setiap hari Isnin, bermula pada 7hb September seperti berikut:
      Tempat :  Carmelite’s Chapel          Masa :  7.30 – 8.30 malam
Semua adalah dijemput hadir dan berdoa untuk panggilan bagi Keuskupan kita.

2.  PERSIDANGAN  PERKHIDMATAN  KEHIDUPAN  MANUSIA  (HLS)
Adalah diperingatkan kepada semua yang telah mendaftar untuk ke Persidangan HLS pada hari Jumaat, 11hb dan Sabtu, 12hb September di Ballroom Hotel Imperial, Aras 5.  Sila bawa bersama baju sejuk / jaket semasa ke Persidangan sebab ianya mungkin agak sejuk.  Pendaftaran bermula jam 6.00 petang pada hari Jumaat, 11hb September.  Harap maklum.

3.  KURSUS  UNTUK  PELAYAN  KOMUNI  LUARBIASA DAN KOMUNI ORANG SAKIT 
     YANG  SEKARANG DAN YANG BARU
     Tempat :  St. Francis of Assisi’s Chapel, Jalan Brighton      Tarikh :  14hb – 16hb September
     Yuran Pendaftaran :  RM20.00
Kehadiran adalah wajib.

4.  SERVIS  DOA SEMPENA  HARI MALAYSIA 2015
     Tempat :  Gereja Methodist Mei An  ( berdekatan Hotel Dynasty )
     Tarikh   :  Rabu, 16hb September           Masa :  7.30 malam
     Tema    :  “Bekerjasama Sebagai Satu Badan”
Servis Doa ini dikendalikan oleh Persatuan Gereja-Gereja Kristian.  Semua umat digalakkan datang menghadiri Servis Doa ini untuk berdoa bagi Negara kita dalam perpaduan  dengan mazhab-mazhab lain.

5.  HUJUNG  MINGGU  CHOICE - 2  DALAM  BAHASA  MALAYSIA 
     Tempat  :  Gereja Mater Dei, Lutong         Tarikh :  18hb – 20hb  September
     Tarikh Pendaftaran :  Jumaat, 18hb September     Masa :  6.00 petang
Sila rujuk papan kenyataan Gereja untuk maklumat lanjut.

6.  KEM  LITURGI  KANAK-KANAK
     Tempat :  St. Francis of Assisi Chapel, Jalan Brighton     Tarikh :  24hb -26hb  September
Kanak-kanak berumur 10 -12 tahun digalakkan untuk menyertai Kem Liturgi ini.

7.  MENGUMPUL  BARANGAN  KITAR SEMULA
Kumpulan Remaja Cina akan mengadakan Koleksi Barangan Kitar Semula seperti berikut:
     Tarikh :  Sabtu, 26hb September      Masa:  2.00 – 4.00 petang
     Lokasi :  Depan "pokok besar" di hadapan Rumah Paderi, Katedral St. Joseph

8.  JEMPUTAN SEMUA PELAJAR BARU  KATOLIK  KE UNIVERSITI  MALAYA
Gereja Paroki St. Francis Xavier ingin menjemput semua pelajar baru yang akan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya untuk ke acara Malam Suai Kenal  mereka seperti berikut:
      Tarikh   :  19hb September         Masa :  4:30 petang -10.00 malam
      Tempat :  Gereja St. Francis Xavier, 135, Jalan Gasing, 46000 Petaling Jaya

Tujuan acara ini adalah untuk menyediakan mereka dengan sokongan masyarakat kerana mereka menetap di persekitaran yang baru, dan untuk memberi mereka peluang untuk mengenali pelajar Katolik lain yang menuntut di Universiti Malaya.   Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jessie Jeffery (011- 19066327) atau Christal Asong (017-5878487) atau rujuk pada papan Kenyataan Gereja.