11HB OKTOBER, 2015 - MINGGU BIASA KEDUA PULUH LAPAN

1.  CERAMAH TENTANG  ST. TERESA OF JESUS
    Tempat :  Carmelite’s Chapel, Jalan Brighton   
    Tarikh   : 12hb – 14hb Oktober   Masa : 7.30 malam – 8.30 malam
Ceramah tersebut adalah berkenaan pendekatan St. Teresa terhadap Kitab Suci dan Misa Kudus. Semua umat dialu-alukan datang ke ceramah ini.  Sempena dengan ceramah tersebut, Holy Hour untuk Panggilan pada malam esok dibatalkan dan diadakan semula pada hari Isnin depan, 19hb Oktober. Harap maklum.

2.  PROFESI  KUDUS  SISTER MARIE PAULINE OF SACRED HEART
Sukacita diumumkan bahawa Sister Marie Pauline of Sacred Heart akan membuat Profesi Kudus  beliau di : 
                 Tempat :  Carmelite’s Chapel, Jalan Brighton    
                  Tarikh :  Khamis, 15hb Oktober   Masa: 5:30 petang

Selepas Misa Kudus, semua dialu-alukan untuk datang ke majlis makan malam sempena sambutan berganda Centenary ke-5 kelahiran St. Teresa of Jesus dan Profesi Kudus Sister Marie Pauline. 

3.  KURSUS  PEMBENTUKKAN  IMAN
     Tempat :  St. Francis of Assisi’s Chapel
     Tarikh   :  Jumaat, 16hb Oktober jam 7.30 malam &
                   Sabtu, 17hb Oktober dari jam 8.00 pagi – 9.00 malam
Kursus ini adalah wajib untuk semua pengajar yang terlibat dalam Sekolah Minggu, Sakramen Penguatan dan RCIA dari kumpulan pelbagai bahasa, yang boleh bertutur dan memahami Bahasa Inggeris.  Sila bawa bersama Alkitab, Catechism of the Catholic Church (CCC) dan buku nota.

4.  PAMERAN  BUKU
Pameran Buku dikendalikan oleh Kumpulan Misi Buku dari Daughter of St. Paul, Kota Kinabalu, Sabah sebagai berikut:
      ( i )  di Perkarangan Katedral, St. Joseph pada hari Sabtu, 24hb Oktober &  Ahad, 25hb Oktober

      ( ii )  di Gereja Mater Dei, Lutong pada hari Ahad, 1hb November

5.  KURSUS  PERANCANG  KELUARGA  SEMULAJADI  (NFP) 
Jadual kursus diadakan seperti berikut:

     Dalam Bahasa Inggeris : -  Tempat :  Bilik Persidangan, St. Joseph   
                                      Tarikh & Masa :  Sabtu, 17hb Oktober dari 8.00 pagi – 12.30 tengahari

     Dalam Bahasa Malaysia : Tempat :  Dewan Serbaguna, St. Joseph   
                                      Tarikh & Masa  :  Sabtu, 24hb Oktober dari 8.00 pagi – 1.30 petang

     Dalam Bahasa Iban : - Tempat :  St. Anthony’s Chapel, Pujut Corner   
                               Tarikh & Masa :  Sabtu, 24hb Oktober dari 9.00 pagi – 1.30 petang

Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran (421455) beberapa hari sebelum kursus bermula.




6.  MENGUMPUL  BARANGAN  KITAR SEMULA
Kumpulan Remaja Cina masih lagi mengumpul Koleksi Barangan Kitar Semula seperti tin minuman, botol plastik dan surat khabar lama pada hari Sabtu, 17hb dan 31hb Oktober dari jam 2.00 petang – 4.00 petang.   Lokasinya : depan "pokok besar" di hadapan Rumah Paderi,  Katedral St. Joseph.  Terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda.

7.  JUALAN  MAKANAN CHRIST  TEENS
Christ Teens akan menganjurkan Jualan Makanan pada 1hb November untuk mengumpul dana bagi aktiviti-aktiviti mereka pada tahun hadapan.  Jualannya diadakan di perkarangan
      Katedral St. Joseph, Carmelite’s Chapel,
      Gereja Mater Dei, Lutong dan Gereja St. Dominic and Rosary, Taman Tunku. 

Kupon berharga RM10.00 sebuku boleh didapati selepas Misa Kudus selesai. 
Sila sokong dengan murah hati.

8.  ULANGTAHUN KE-20 PUSAT PERKHIDMATAN KEHIDUPAN MANUSIA, MIRI
Dimkalumkan bahawa15hb Oktober, 2015, tanda peringatan ke-20 tahun Pusat Perkhidmatan Kehidupan Manusia, Miri.  Segala pujian syukur dan kemuliaan hanya milik Allah dan penghargaan atas sokongan yang berterusan anda semua. 
Tuhan memberkati anda.