PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

18HB OKTOBER, 2015 MINGGU BIASA KEDUA PULUH SEMBILAN

1.    SUSULAN MESYUARAT SAKRAMEN PENGUATAN PARA REMAJA
      Mesyuarat susulan para remaja yang telah menerima Sakramen Penguatan bulan Mei yang lalu akan diadakan seperti berikut:
      Tempat :  Katedral St.Joseph
     Tarikh   :  Ahad,18hb Oktober   Masa :  1.30 petang – 4.30 petang
Para ibu bapa diminta untuk menggalakkan anak-anak mereka yang telah menerima Sakramen Penguatan pada tahun ini agar mengikut sesi ini.  Diperingatkan agar mereka berpakaian beraneka ragam, kerana ada hadiah menanti anda.

2.      CERAMAH ALKITAB ANJURAN PERSATUAN GEREJA-GEREJA SARAWAK, CAWANGAN MIRI
      Tempat : St. Collumba’s Gereja Anglican
      Tarikh   :  Rabu, 21hb Oktober – Jumaat, 23hb Okotber  Masa :  7.30 malam
      Penceramah :  William Taylor, Rector dari Gereja St. Helen’s Bishopgate Evangelical, London
      Semua umat paroki dijemput hadir ke Ceramah Alkitab tersebut.    

3.      PAMERAN  BUKU
      Pameran Buku dikendalikan oleh Kumpulan Misi Buku dari Daughter of St. Paul, Kota Kinabalu, Sabah
      akan diadakan:
( i )  Di Perkarangan Katedral, St. Joseph pada hari Sabtu, 24hb Oktober & Ahad, 25hb Oktober
( ii )  Di Gereja Mater Dei, Lutong pada hari Ahad, 1hb November

4.      KURSUS  PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI (NFP)
      Jadual kursus diadakan seperti berikut:
      Dalam Bahasa Malaysia : - Tempat :  Dewan Serbaguna, St. Joseph   
                                Tarikh & Masa  :  Sabtu, 24hb Oktober dari 8.00 pagi – 1.00 petang
      Dalam Bahasa Iban : - Tempat :  St. Anthony’s Chapel, Pujut Corner  
                               Tarikh & Masa :  Sabtu, 24hb Oktober dari 9.00 pagi – 1.30 petang
* Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran (421455) beberapa hari sebelum kursus bermula.

5.      KURSUS  PRA - PERKAHWINAN  DALAM  BAHASA  MALAYSIA
      Tempat :  Dewan Serbaguna St. Joseph
      Tarikh   :  Sabtu, 31hb Oktober   Masa :  8.00 pagi – 5.00 petang
   *Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftaran (421455) beberapa hari sebelum kursus bermula.

6.       JUALAN  BUNGA
   Jambangan bunga akan dijual pada hari Memperingati para Orang Kudus dan memperingati hari arwah bermula pada 30hb Oktober hingga 2hb November di perkarangan Katedral St. Joseph dan Carmelite’s Chapel.

7.      KURSUS  PRA-PENGUATAN  BAGI  PARA REMAJA
   Para remaja yang lahir pada tahun 2001 atau lebih awal yang ingin menerima Sakramen Penguatan pada tahun 2016 adalah WAJIB menghadiri Kursus Pra-Penguatan ini.  Hari Pengenalan bagi kursus ini adalah seperti berikut:
Tempat :  St. Francis of Assisi’s Chapel, Jalan Brighton               
Tarikh  :  Ahad, 8hb November    Masa :  1.00 – 5.00 petang
Selepas itu, kursus akan diadakan pada setiap Ahad petang dari jam 2.00 – 3.30 petang di Katedral St. Joseph.

*Sila bawa bersama buku Alkitab, buku nota dan pen.  Harap maklum.