1ST NOVEMBER, 2015 HARI MEMPERINGATI PARA KUDUS

1.  HARI  MEMPERINGATI  PARA  ARWAH -  ISNIN, 2HB NOVEMBER
Misa Kudus adalah seperti berikut: 
     Katedral St. Joseph  :  6.15 pagi  dalam  Bahasa Mandarin,  7.15 pagi dalam Bahasa Inggeris   
                                     dan  6.00 petang dalam Bahasa Malaysia
     Carmelite’s Chapel  :  6.15 pagi dalam Bahasa Inggeris
     Gereja Mater Dei, Lutong  :  6.30 pagi dalam Bahasa Inggeris  dan
                                          7.00 malam dalam Bahasa Iban (bukan 3.00 petang seperti yang diumumkan)
·      Dimaklumkan bahawa pemberkatan di semua tiga buah tanah perkuburan ( Riam Lama, Riam Baru dan Lambir) pada jam 8.30 pagi dan TIADA MISA KUDUS dirayakan di sana.

2.  JUALAN  BUNGA
Jambangan bunga sedang dijual sehingga 2hb November di perkarangan Katedral St. Joseph dan Carmelite’s Chapel.

3.  KURSUS  PRA-PENGUATAN  BAGI  PARA REMAJA
Para remaja yang lahir pada tahun 2001 atau lebih awal yang ingin menerima Sakramen Penguatan pada tahun 2016 adalah WAJIB menghadiri Kursus Pra-Penguatan ini.  Hari Pengenalan bagi kursus ini adalah seperti berikut:
      Tempat :  St. Francis of Assisi’s Chapel, Jalan Brighton              
      Tarikh  :  Ahad, 8hb November      Masa :  1.00 – 5.00 petang
Selepas itu, kursus akan diadakan pada setiap Ahad petang dari jam 2.00 – 3.30 petang di Katedral St. Joseph.   *Sila bawa bersama buku Alkitab, buku nota dan pen. 

4.  KURSUS  PEMBAPTISAN  BAYI  DALAM  BAHASA  INGGERIS
Tempat :  Katedral  St. Joseph    Tarikh :  8hb – 9hb November    Masa :  7.30 malam
Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 10hb November,  jam 5.30 petang.  Para ibu bapa dan wali yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan mestilah menghadiri ke semua sesi Kursus ini.

5.  PENDIDIKAN  PRA-SEKOLAH  KATOLIK 2016
Baru-baru ini Bishop Richard Ng telah membentuk Lembaga Pengurusan yang terdiri daripada pendidik dan profesional, untuk menaik taraf tadika-tadika Katolik dalam Keuskupan Miri, dengan tujuan untuk menyusun semula sekolah-sekolah kita secara fizikal dan kurikulum-bijak, untuk memupuk individu sihat berakar dalam iman Kristian kita.
Tadika-tadika kita termasuk St. Joseph di Bandaraya Miri, Sri Cahaya di Senadin dan St Anthony di Bintulu.  Bahasa Inggeris memainkan peranan utama dalam komunikasi harian; ini dipertingkatkan lagi dengan e-fonik dan pelajaran komputer. 
Pendaftaran untuk 2016, untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun, yang lahir pada tahun 2010, 2011, & 2012 di semua 3 buah tadika tersebut, telah bermula dari 26hb Oktober hingga 20hb November, 2015 pada waktu pejabat. 
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Tadika St. Joseph, Miri – Winnie Swee : 085-428437
Tadika Sri Cahaya, Senadin, Miri  -  Helen Huang : 085-491604
Tadika St. Anthony, Bintulu  -  Angelina Chan : 086-337693

6.  BELAJAR  ALKITAB  DI LUTONG -  Belajar Alkitab ini dikendalikan pada hujung minggu 27hb – 29hb November.  Sila rujuk pada Notis Gereja untuk keterangan lanjut.


MISA  ARWAH
     Tempat   :  Holy Rosary Chapel, Piasau Utara
     Tarikh     :  Jumaat, 6hb November     Masa :  7.00 malam
     Selebran :  Fr. Justin Dan


Misa ini terbuka kepada semua umat.  Senaraikan nama-nama arwah yang akan didoakan beserta dengan sumbangan dalam sampul surat dan hendaklah diserahkan kepada petugas Holy Rosary Chapel sebelum Misa dimulakan.