25HB OKTOBER, 2015 MINGGU BIASA KETIGA PULUH

1.      KURSUS  PRA - PERKAHWINAN  DALAM  BAHASA  MALAYSIA 
          Tempat  :  Dewan Serbaguna St. Joseph
     Tarikh   :  Sabtu, 31hb Oktober       Masa :  8.00 pagi – 5.00 petang
*Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftaran (421455) beberapa hari sebelum kursus bermula.

2.  HARI  SEMUA ORANG KUDUS  DAN  HARI  MEMPERINGATI  PARA  ARWAH
Liturgi All Saints (Semua Orang Kudus) hendaklah digunakan untuk Sunset Mass pada hari   Sabtu, 31hb Oktober, dan Ahad, 1hb November.  Harap maklum.  
 Misa Kudus bagi Hari Memperingati Para Arwah (All Souls’ Day), Isnin, 2hb November adalah seperti berikut: 
     Katedral St. Joseph  :  7.00 pagi dalam Bahasa Inggeris & 6.00 petang dalam Bahasa Inggeris
     Carmelite’s Chapel  :  6.15 pagi dalam Bahasa Inggeris
     Gereja Mater Dei, Lutong  :  6.30 pagi dalam Bahasa Inggeris & 3.00 petang dalam Bahasa Iban

·     Dimaklumkan bahawa pemberkatan di semua tiga buah tanah perkuburan ( Riam Lama, Riam Baru dan Lambir) pada jam 8.30 pagi dan TIADA MISA KUDUS dirayakan di sana.

3.  JUALAN  BUNGA
Jambangan bunga akan dijual pada hari Memperingati para Orang Kudus dan memperingati Hari Arwah bermula pada 30hb Oktober hingga 2hb November di perkarangan Katedral St. Joseph dan Carmelite’s Chapel.

4.  MISA  KENYAH-KAYAN 
     Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong       Tarikh :  Ahad, 1hb November     Masa : 11.00 pagi
Semua adalah dijemput hadir.

5.  JUALAN  MAKANAN CHRIST  TEENS
Christ Teens akan menganjurkan Jualan Makanan pada 1hb November untuk mengumpul dana bagi aktiviti-aktiviti mereka pada tahun hadapan.  Jualannya diadakan di perkarangan
      Katedral St. Joseph, Carmelite’s Chapel,
      Gereja Mater Dei, Lutong dan Gereja St. Dominic and Rosary, Taman Tunku. 
Kupon berharga RM10.00 sebuku boleh didapati selepas Misa Kudus selesai. 
Sila sokong dengan murah hati.

6.  KURSUS  PRA-PENGUATAN  BAGI  PARA REMAJA
Para remaja yang lahir pada tahun 2001 atau lebih awal yang ingin menerima Sakramen Penguatan pada tahun 2016 adalah WAJIB menghadiri Kursus Pra-Penguatan ini.  Hari Pengenalan bagi kursus ini adalah seperti berikut:
     Tempat :  St. Francis of Assisi’s Chapel, Jalan Brighton                
     Tarikh  :  Ahad, 8hb November      Masa :  1.00 – 5.00 petang
Selepas itu, kursus akan diadakan pada setiap Ahad petang dari jam 2.00 – 3.30 petang di Katedral St. Joseph.
*Sila bawa bersama buku Alkitab, buku nota dan pen.  Harap maklum.

7.  KURSUS  PEMBAPTISAN  BAYI  DALAM  BAHASA  INGGERIS
Tempat :  Katedral  St. Joseph         
Tarikh  :  8hb – 9hb November        Masa :  7.30 malam
Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 10hb November,  jam 5.30 petang.  Para ibu bapa dan wali yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan mestilah menghadiri ke semua sesi Kursus ini.

8.  PENDIDIKAN  PRA-SEKOLAH  KATOLIK 2016
Baru-baru ini Bishop Richard Ng telah membentuk Lembaga Pengurusan yang terdiri daripada pendidik dan profesional, untuk menaik taraf tadika-tadika  Katolik kita dalam Keuskupan Miri, dengan tujuan untuk menyusun semula sekolah-sekolah kita secara fizikal dan kurikulum-bijak, untuk memupuk individu sihat berakar dalam iman Kristian kita.
Tadika-tadika kita termasuk St. Joseph di Bandaraya Miri, Sri Cahaya di Senadin dan St Anthony di Bintulu.  Bahasa Inggeris akan memainkan peranan utama dalam komunikasi harian; ini dipertingkatkan lagi dengan
e-fonik dan pelajaran komputer. 
Pendaftaran untuk 2016, untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun, yang lahir pada tahun 2010, 2011, & 2012 di semua 3 buah tadika tersebut, akan bermula dari 26hb Oktober hingga 20hb November, 2015 pada waktu pejabat.
Maklumat lanjut boleh didapati di papan Notis Gereja atau hubungi 085-417007.