15HB NOVEMBER, 2015 MINGGU BIASA KE TIGA PULUH TIGA

1.  PENDIDIKAN  PRA-SEKOLAH  KATOLIK 2016
Pendaftaran bagi 2016, untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun, yang lahir pada tahun 2010, 2011, & 2012 di semua 3 buah tadika [ Tadika St. Anthony, Bintulu, Tadika St. Joseph dan Tadika Sri Cahaya, Senadin, Miri ] akan berakhir pada 20hb November, 2015.  
Sila mendaftar semasa waktu pejabat.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pada papan Notis Gereja.

2.  PERHIMPUNAN  MALAM  UNTUK  PARA  BELIA
     Tempat :  Dewan Serbaguna St. Joseph
     Tarikh   :  Sabtu, 21hb November         Masa :  7.30 malam – 9.30 malam
     Tema :  “Mencari Kekuatan dalam Kristus”  [ Filipi 4:13 ]
Semua belia adalah dijemput. 

3.  KAROLING RUMAH-KE-RUMAH  BELIA  FIAT
Borang Karoling boleh diperolehi di pintu masuk Katedral St. Joseph.  Karoling rumah ke rumah bermula pada 30hb November dan berakhir pada 3hb Disember.  Permintaan Karoling adalah berdasarkan borang yang diterima pada tahun ini.  Tarikh tutup menghantar borang-borang Karoling adalah pada 23hb November. 

4.  BAJU-T  DAN  LILIN  PERARAKKAN KRISMAS 2015
Bagi sesiapa yang telah menempah Baju-T dan Lilin Perarakkan Krismas, anda boleh mengambilnya daripda focal points anda.  Cawan Lilin Perarakkan dijual dengan harga RM3.00 satu selepas Misa selesai hari ini.

5.  ORDO  2016
Ordo 2016 boleh diperolehi sekarang di semua Kedai Buku Gereja. 
Para Lektor ( Pembaca) dan Pengulas adalah digalakkan untuk membelinya. 
Harga sebuah buku adalah RM4.00 sahaja.

6.  MENGUMPUL  BARANGAN  KITAR SEMULA
Kumpulan Remaja Cina masih mengadakan Koleksi  Barangan Kitar Semula pada hari  Sabtu, 28hb November dari jam  2.00 – 4.00 petang.  Lokasi -  depan "pokok besar" di hadapan Rumah Paderi, Katedral St. Joseph.

Terima kasih atas sokongan anda.