22HB NOVEMBER, 2015 PERAYAAN KRISTUS RAJA SEMESTA ALAM

1.  PERARAKKAN  KRISMAS  2015
Pada tahun ini Perarakkan Krismas akan diadakan
     Tempat :   Dataran Kipas, Bandaraya Miri     Tarikh :  Sabtu, 5hb Disember     Masa :  5.00 petang
     Anjuran :  Gereja Roman Katolik
Bapa Uskup Richard Ng menggalakkan para umat untuk menyertai dan menyokong Perarakkan Krismas ini sebagai tanda persatuan dan perpaduan.  Cawan Lilin Perarakkan Krismas ada dijual selepas Misa selesai hari ini dengan harga RM3.00 satu. 

2.  ORDO  2016
Ordo 2016 boleh diperolehi sekarang di semua Kedai Buku Gereja. 
Para Lektor ( Pembaca) dan Pengulas adalah digalakkan untuk membelinya. 
Harga sebuah buku adalah RM4.00 sahaja.

3.  KAROLING RUMAH-KE-RUMAH  BELIA  FIAT
Borang Karoling boleh diperolehi di pintu masuk Katedral St. Joseph.  Karoling rumah ke rumah bermula pada 30hb November dan berakhir pada 3hb Disember.  Permintaan Karoling adalah berdasarkan borang yang diterima pada tahun ini.  Tarikh tutup menghantar borang-borang Karoling adalah pada 23hb November. 

4.  MINISTRI  PENGUBAH  BUNGA
Kumpulan Pengubah Bunga Katedral St. Joseph ingin menjemput sesiapa sahaja  yang berminat untuk menyertai  bidang ini.  Untuk keterangan lanjut , sila hubungi Pejabat Paroki (421455).

5.  PENDIDIKAN  PRA-SEKOLAH  KATOLIK 2016
Pendaftaran bagi 2016, untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun, yang lahir pada tahun 2010, 2011, & 2012 di semua 3 buah tadika [ Tadika St. Anthony, Bintulu, Tadika St. Joseph dan Tadika Sri Cahaya, Senadin, Miri ] akan berakhir pada 23hb November, 2015.   
Sila mendaftar semasa waktu pejabat.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pada papan Notis Gereja.

6.  MENGUMPUL  BARANGAN  KITAR SEMULA
Kumpulan Remaja Cina masih mengadakan Koleksi  Barangan Kitar Semula pada hari
     Sabtu, 28hb November dari jam  2.00 – 4.00 petang. 
     Lokasi -  depan "pokok besar" di hadapan Rumah Paderi, Katedral St. Joseph.
Terima kasih atas sokongan anda.

7.  KEM  PANGGILAN
Sebuah Kem Panggilan dalam Bahasa Malaysia akan diadakan di Rumah Panjang Sungai Entulang pada 9hb Disember sehingga 12 Disember, 2015.  Pelajar lepasan SPM dan STPM dan juga pelajar yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi amatlah digalakkan untuk mengikuti kem ini.

Yuran pendaftaran RM20.00 sahaja.  Pendaftaran akan diadakan pada hari Rabu, 9hb Disember, bermula dari jam 4.00 petang.