24HB, 25HB & 27HB DISEMBER, 2015 HARI NATAL KELUARGA KUDUS YESUS, MARIA DAN YUSUF

1.  JADUAL  MISA  KRISMAS


     MISA  HARI  KRISMAS  -  JUMAAT, 25HB DISEMBER, 2015

Tempat
Masa
Bahasa
Katedral St. Joseph
7.00  pagi
Bahasa Mandarin
9.15 pagi
Bahasa Malaysia
11.30 pagi
Bahasa Inggeris
5.30  petang
Bahasa Inggeris
Gereja Mater Dei, Lutong
8.00 pagi
 Bahasa Inggeris
3.00 petang
Bahasa Iban
Carmelite’s Chapel, Jalan Brighton
7.00 pagi
Bahasa Inggeris
St. Anthony of Padua’s Chapel, Tudan
5.00 petang
Bahasa Malaysia
Holy Spirit Chapel, Permyjaya
11.00 pagi
Bahasa Malaysia
Kuala Baram
10.30 pagi
Bahasa Malaysia


2.   PEMBAHARUAN  IKRAR  PARA  PELAYAN  ALTAR  PADA 
     PERAYAAN  SANTO  STEPHEN

Semua Pelayan Altar akan memperbahrui Ikrar mereka pada Perayaan Santo Pelindung mereka, Santo Stephen pada hari Sabtu, 26hb Disember di Katedral St. Joseph, jam 7.00 pagi.  Selepas Misa selesai, sarapan pagi diadakan di Dewan Serbaguna St. Joseph.  Keluarga Pelayan Altar dan sesiapa yang datang pada hari tersebut diminta membawa makanan dan minuman masing-masing untuk dikongsi bersama.  Semua dijemput datang.

3.   BAGAIMANA  CARA  MELAKUKAN  PENZIARAHAN  [ ZIARAH / LAWATAN ]
Penerangan berkenaan dengan Penziarahan / Lawatan yang dikendalikan oleh Fr. Guido dari jam 7.30 -10.00 malam bertempat :
      -  Katedral St. Joseph pada hari  Isnin, 28 Disember, 2015
      -  Gereja Mater Dei, Lutong pada hari Isnin, 4hb Januari, 2016

Satu ceramah pengenalan ringkas akan diadakan pada malam tersebut  ( dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia) dengan sesi soal-jawab serta menonton filem bertajuk  “The Way” dalam Bahasa Inggeris mengenai Ziarah yang paling terkenal ke Santiago de Compostela.

4.  PERAYAAN  PENGHUJUNG  TAHUN
   
Bersempena dengan Perayaan Penghujung Tahun, semua umat adalah dijemput datang untuk merayakan  Ulangtahun ke-15 Gereja Mater Dei, Lutong dan Perayaan Maria, Bonda Allah pada 31hb Disember.  Perayaan ini bermula dengan jamuan malam pada jam 7.00 malam diikuti dengan persembahan, Rosari dan Misa Kudus.  Sila bawa makanan dan minuman untuk dikongsi bersama.


5.  MISA KUDUS BAGI PERAYAAN MARIA, BONDA ALLAH 
- JUMAAT, 1HB JANUARI, 2016

      Katedral St. Joseph :  8.00 pagi dalam Bahasa Inggeris   
      Carmelite’s Chapel  :  7.00 pagi dalam Bahasa Inggeris
      Gereja Mater Dei, Lutong :  8.00 pagi dalam Bahasa Inggeris 

6.  MISA  KARISMATIK – 1HB JANUARI 2016
Semua adalah dijemput datang merayakan Misa untuk memperingati Ulangtahun yang ke 37 tahun Pembaharuan Karismatik :
     Tempat :  Gereja St. Dominic dan Rosari, Taman Tunku
     Tarikh   :  Jumaat, 1hb Januari, 2016        Masa :  10.00 pagi
Marilah kita datang beramai-ramai sebagai sebuah komuniti untuk memohon berkat Tuhan atas pelbagai  kumpulan doa kita untuk Tahun Baru dan perantaraan rahmat dari Bonda Terpuji kita untuk keamanan di dunia.

7. MISA  KARISMATIK  KENYAH-KAYAN
    Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong
    Tarikh   :  3hb Januari, 2016    Masa :  11.00 pagi
Semua adalah dijemput datang untuk bersyukur kepada Tuhan atas berkat-Nya sepanjang tahun 2015.  Jamuan makan tengahari diadakan selepas Misa selesai.  Sila bawa makanan-dan minuman masing-masing untuk dikongsi bersama.

8.  “HOLY HOUR” DI CARMELITE’S CHAPEL
Dimaklumkan bahawa Holy Hour di Carmelite’s Chapel pada hari Isnin, 28hb Disember, 2015 dan 4hb Januari, 2016 adalah dibatalkan dan akan diadakan semula pada 11hb Januari, 2016.  Harap maklum.

9.  SEKOLAH MINGGU PAROKI KATEDRAL ST. JOSEPH
Sila rujuk pada Notis Gereja untuk mengetahui tarikh dan masa untuk mendaftar anak-anak anda ke salah satu dari lapan buah Sekolah Minggu di Paroki kita.  Anda adalah dikehendaki untuk mendaftar tepat pada masa dan tarikh yang telah disediakan.

Harap maklum.