10HB JANUARI 2016 HARI RAYA PEMBAPTISAN KRISTUS

1.  PERTUKARAN  PARA PADERI
Saudara dan saudari dalam Kristus berkuat kuasa mulai 15hb Januari, para paderi berikut akan berkhidmat di Paroki Katedral St. Joseph Miri :
    Paderi Paroki :  Bishop Richard Ng
    Penolong Paderi :  Fr. Philip Empalah,  Fr. Vincent Shim,  Fr. Kevin Chundi dan  Fr. Vincent Sta

2.  MINGGU  SERVIS  DOA  PERPADUAN  KRISTIAN
     Tempat :  Gereja Anglican St. Columba    Tarikh :  Sabtu, 16hb Januari     Masa :  6.30 petang 
     Tema  :  "Dipanggil Untuk Memberitakan Keperkasaan Tuhan"  (1 Petrus 2: 9)
Semua amat digalakkan untuk menghadiri Minggu Servis Doa ini untuk mendoakan perpaduan di kalangan pelbagai mazhab Kristian di Miri sebagai satu badan yang bersatu padu agar kita dapat memberitakan keperkasaan Tuhan.

3.  PEMBUKAAN  “PRAYER MEETING” MUDA-MUDI 2016
     Tempat:  Katedral St. Joseph      Tarikh :  Jumaat, 22hb Januari      
Ianya bermula dengan Misa Kudus pada jam 6.00 petang diikuti dengan jamuan malam dan persembahan sehingga jam 9.30 malam.  Semua umat adalah dijemput hadir.

4.  MENGUMPUL  BARANGAN  KITAR  SEMULA
     Tarikh :  Sabtu, 23hb Januari    Masa :  2.00 – 4.00 petang
     Lokasi :    bawah “pokok besar” di hadapan Rumah Paderi
Barangan koleksi seperti bateri lama, surat khabar lama, botol plastik dan lain-lain.

5.  “HOLY HOUR” DI CARMELITE’S CHAPEL
Dimaklumkan bahawa Holy Hour di Carmelite’s Chapel diadakan semula pada hari esok, 11hb Januari, 2016, jam 7.30 malam.  Harap maklum.

6.  SEKOLAH MINGGU PAROKI KATEDRAL ST. JOSEPH


Pendaftaran bagi Sekolah Minggu Paroki Katedral St. Joseph bermula hari ini, Ahad,  10hb Januari, Sila rujuk pada notis gereja