17HB JANUARI 2016 MINGGU BIASA KEDUA - TAHUN C

1.  KELAS  ALKITAB  MODUL 6 DIKENDALIKAN  OLEH BISHOP RICHARD 
Kelas Alkitab seterusnya adalah pada hari Khamis, 21hb Januari, 2016 bertempat di Dewan Maranatha, Merdeka Mall.  Sila datang ke Pejabat Paroki (421455) untuk pendaftaran.

2.  PEMBUKAAN  “PRAYER MEETING” MUDA-MUDI 2016
     Tempat:  Katedral St. Joseph      Tarikh :  Jumaat, 22hb Januari      
Ianya bermula dengan Misa Kudus pada jam 6.00 petang diikuti dengan jamuan malam dan persembahan sehingga jam 9.30 malam.  Semua umat adalah dijemput hadir.

3.  MENGUMPUL  BARANGAN  KITAR  SEMULA
     Lokasi :    Bawah “pokok besar” di hadapan Rumah Paderi
     Tarikh :  Sabtu, 23hb Januari     Masa :  2.00 – 4.00 petang
Barangan koleksi seperti bateri lama, surat khabar lama, botol plastik dan lain-lain.

4.  HARI  PANGGILAN  KESEDARAN
Sempena dengan Kehidupan Konsekrasi pada tahun ini, Hari Panggilan Kesedaran akan diadakan seperti berikut :
    Tempat :  Carmelite’s Chapel,  Jalan Brighton
    Tarikh  :  Sabtu, 30hb Januari      Masa :  8.00 pagi hingga 5.00 petang 
Borang pendaftaran diedarkan selepas Misa hari ini dan mereka yang berminat sila mendaftar.  

5.  MISA  PENUTUPAN  TAHUN  KEHIDUPAN  KONSEKRASI 
     Tempat :  Carmelite’s Chapel, Jalan Brighton    Tarikh :  Selasa, 2hb Februari      Masa :  5.30 petang
Semua umat adalah dijemput datang ke Misa ini untuk bersyukur kepada Allah bagi Tahun Konsekrasi yag penuh berkat.

6.  KURSUS  PRA-PENGUATAN  DALAM  BAHASA  MALAYSIA  - 2016
Satu Kursus Pra-Penguatan diadakan bagi mereka yang belum menerima Sakramen Penguatan, yang berumur 18 tahun ke atas seperti berikut:   
     Tempat :  Dewan Serbaguna St. Joseph      Tarikh :  Isnin, 1hb Februari      Masa :  7.30 malam
Pendaftaran boleh dilakukan melalui Katekis dari Gereja / Chapel masing-masing bermula 24hb Januari.  Sila kepilkan satu salinan Sijil Pembaptisan, Sijil Komuni Pertama atau Buku Rekod Keluarga.  Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Paroki.

7.  SEKOLAH  MINGGU  BARU DI ST. ANTHONY’S CHAPEL, PUJUT CORNER
St. Anthony’s Chapel, Pujut Corner akan memulakan sebuah Sekolah Minggu Baru, yakni dari Tahun 1 – Tahun 6 dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Iban.  Pendaftaran akan bermula pada 7hb dan 14hb Februari, jam 8.00 pagi.  Para ibu bapa adalah digalakkan untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Minggu tersebut atau mana-mana Sekolah Minggu yang ada di Paroki. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Florence Migi atau Frederick Empaga.