24HB JANUARI 2016 MINGGU BIASA KETIGA - TAHUN C

1.       HARI  PANGGILAN  KESEDARAN
Ceramah dalam pelbagai aspek  tentang Kehidupan Konsekrasi akan diadakan di Carmelite’s Chapel, pada 30hb Januari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.  Sesiapa yang berminat sila mendaftar di Pejabat Paroki sebelum 28hb Januari.

2.    KURSUS PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI
Kursus ini adalah untuk mereka yang ingin berkahwin dan pasangan yang sudah pun berkahwin dan yang ingin pemberkatan di Gereja.  Sila rujuk pada papan Notis Gereja untuk keterangan lanjut.

3.       KURSUS PENGUATAN  BAGI ORANG DEWASA DALAM  BAHASA MALAYSIA      
Tempat  :  Dewan Serbaguna St. Joseph      Tarikh  :  Isnin, 1hb Februari       Masa :  7.30 malam
 Mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas adalah digalakan untuk menyertai kursus ini.  Untuk     keterangan lanjut, sila  hubungi pejabat Paroki.

4.       MISA  PENUTUPAN  TAHUN  KEHIDUPAN  KONSEKRASI    
          Tempat :  Carmelite’s Chapel, Jalan Brighton     Tarikh :  Selasa, 2hb Februari      Masa :  5.30 petang
Semua umat adalah dijemput datang ke Misa ini untuk bersyukur kepada Allah bagi Tahun Konsekrasi yag penuh berkat.

5.         “HARI RAYA PERSEMBAHAN TUHAN” DAN PEMBERKATAN  LILIN – SELASA, 2HB FEBRUARI 
Misa Kudus di Katedral St. Joseph diadakan pada jam 7.00 pagi dan Gereja Mater Dei, Lutong pada jam 6.30 pagi.  Sila bawa lilin bersama untuk diberkat. 

6.       SEKOLAH MINGGU BARU DI ST. ANTHONY’S CHAPEL, PUJUT CORNER
Pendaftaran diadakan pada hari Ahad, 7hb dan 14hb Februari, jam 8.00 pagi di St. Anthony’s Chapel, Pujut Corner.

7.    KURSUS  PEMBAPTISAN  BAYI  DALAM  BAHASA MALAYSIA
Tempat :  Katedral St. Joseph      Tarikh : 7hb-8hb Februari      Masa :  7.30 malam
Kanak-kanak akan dibaptiskan pada hari Selasa, 9hb Februari, jam 5.30 petang.  Para ibu bapa dan wali yang ingin anak-anak mereka dibaptis hendaklah mengikuti ke semua sesi kursus ini.

8.  RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA BERSAMA BAPA USKUP DAN PARA PADERI
Misa Kudus Tahun Baru Cina diadakan pada jam 8.00 pagi pada 8hb Februari di Katedral St. Joseph dan Carmelite’s Chapel.  Selepas Misa, semua umat dijemput datang ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina tersebut di Dewan Serbaguna St. Joseph dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari.  Para umat yang ingin menderma limau Mandarin boleh menghubungi Pejabat Paroki.

9.  HARI RABU ABU
Hari Rabu Abu pada tahun ini, jatuh pada hari ketiga Tahun Baru Cina, 10hb Januari .  Ianya adalah satu hari berpuasa dan berpantang.  Misa Kudus dengan pengenaan abu pada Hari Rabu Abu adalah seperti berikut:
       Katedral St. Joseph :   6.15 pagi dalam Bahasa Mandarin
                                    :   7.30 pagi dalam Bahasa Inggeris dan 5.30 petang dalam Bahasa Inggeris
       Carmelite’s Chapel  :   6.15 pagi dalam Bahasa Inggeris                    
       Gereja Mater Dei, Lutong :  6.30 pagi dalam Bahasa Inggeris dan 7.30 malam dalam Bahasa Iban
       Holy Spirit Chapel, Permyjaya :  7.30 malam dalam Bahasa Malaysia
      St. Anthony of Padua’s Chapel, Tudan :  7.30 malam dalam Bahasa Malaysia
Tiada Holy Hour pada hari tersebut. 

10.  PERHIMPUNAN  MUDA-MUDI
Perhimpunan ini diadakan di St. Francis of Assisi Chapel, Jalan Brighton pada 29hb Januari dari jam 7.30 – 9.30 malam.  Semua muda-mudi yang berkejaya, dan pelajar kolej / universiti adalah dijemput.  Sila bawa bersama Alkitab dan buku nota.