13HB MAC, 2016 MINGGU PRAPASKA KELIMA – TAHUN C

1.      PENGAKUAN  DOSA  PRAPASKA
Pengakuan dosa Prapaska akan berakhir pada hari Rabu, 23hb Mac.  Jadualnya adalah seperti berikut:

Tempat
Tarikh
Masa
St. Anthony of Padua’s Chapel, Tudan
 14hb – 15hb Mac
 7.00 malam hingga seterusnya
Katedral St. Joseph
 21hb – 23hb Mac
 7.00 malam hingga seterusnya
Carmelite’s Chapel, Gereja Mater Dei, Lutong dan
Katedral St. Joseph
  Selepas Misa Pagi

2.       MISA  KRISMA 
Misa Krisma diadakan pada hari Rabu, 16hb Mac, jam 7.00 malam di Katedral St. Joseph.  Sila datang dan berdoa untuk kekudusan paderi kita.   Jamuan bersama diadakan selepas Misa selesai.

3.       SEMINAR  KANAK-KANAK  DALAM  BAHASA  MALAYSIA
Tempat :  St. Francis of Assisi’s Chapel, Jalan Brighton
Tarikh   :   16hb - 19hb Mac       Yuran Pendaftaran :  RM25.00 seorang
Tarikh Pendaftaran :  Rabu, 16hb Mac      Masa :  7.00 pagi
Kanak-kanak yang berumur 10 – 12 tahun adalah digalakkan untuk mengikut seminar       ini. 
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Engelina Bungan (013-8369764) atau Sylvianna                Ting di Pejabat Paroki (421455). 

4.  MISA  ARWAH  GABUNGAN
 Misa Arwah Gabungan untuk Bulan Mac adalah pada hari Jumaat, 18hb Mac, jam 7.00    pagi di Katedral St. Joseph.  Sesiapa yang ingin memberi Misa Arwah untuk kaum          keluarga, saudara-mara dan mereka yang telah meninggal diminta untuk mendaftar dengan Pejabat Paroki. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Rabu, 16hb Mac.   

5.   PERAYAAN  SANTO  JOSEPH – SABTU, 19HB MAC
Misa Kudus bagi Perayaan Santo Joseph, Santo Patron bagi Katedral kita adalah pada       jam 7.00 pagi di Katedral.  Semua adalah digalakkan untuk mengikuti Misa ini dan berdoa bagi Paroki kita.
   
6.   MINGGU PALMA  ( MINGGU  SENGSARA )
Minggu Suci bermula dengan Minggu Palma, 20hb Mac.  Sila bawa bersama daun palma   masing-masing  untuk pemberkatan.  Untuk jadual Minggu Suci, sila rujuk pada notis         Gereja.

7.  MAJLIS JAMUAN MALAM PASKA PAROKI KATEDRAL ST.JOSEPH

Paroki Katedral St Joseph akan mengadakan Majlis Jamuan Malam untuk meraikan Paska  dan mengumpul dana untuk Katedral baru.  Majlis Jamuan Malam tersebut adalah pada  hari Ahad, 10hb April,  jam 6.30 petang di Eastwood Valley.  Meja berharga RM 700.00 dan RM1,200.00 disediakan untuk dijual di Pejabat Paroki bermula pada 13hb Mac.  Kami menggalakkan semua untuk menyokong Majlis Jamuan Malam tersebut.