PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

20HB MAC, 2016 - MINGGU PALMA ( MINGGU SENGSARA )

 1.   PENGAKUAN  DOSA  PRAPASKA
    Pengakuan dosa Prapaska di Katedral St. Joseph diadakan pada 21hb hingga 23hb Mac
    pada jam 7.00 malam.

2.   MINGGU SUCI
      KHAMIS PUTIH ( HOLY THURSDAY ), 24HB MAC
       Katedral St. Joseph masa Misa :  5.30 petang dalam Bahasa Mandarin dan 8.00 malam dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
    Selepas Misa jam 8.00 malam diikuti dengan Adorasi sehingga jam 11.00 malam.  Adorasi
    juga terdapat di Carmelite’s Chapel dan Gereja Mater Dei, Lutong.

        JUMAAT  AGUNG ( GOOD FRIDAY ), 25HB MAC
       Katedral St. Joseph , masa servis :   2.00 petang dalam Bahasa Mandarin dan 5.00 petang dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia

        MALAM MENJELANG PASKA  ( EASTER VIGIL ), 26HB MAC
       Katedral St. Joseph, masa Misa :  7.30 malam dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Mandarin diikuti dengan Pembaptisan

     4.   PEMBATALAN
     Servis berikut adalah dibatalkan:
     Holy Hour pada hari Rabu, 23hb Mac dibatalkan di Katedral St. Joseph dan Gereja Mater Dei, Lutong.   Novena pada hari Sabtu, 26hb Mac dibatalkan.
     Dimaklumkan TIADA MISA PAGI bermula dari Hari Khamis Putih di Katedral St. Joseph, Church of Mater Dei, Lutong dan Carmelite’s Chapel. 

   5.  JALAN  SALIB  PADA JUMAAT AGUNG, 25HB MAC
        Katedral St. Joseph :  9.00 pagi dalam Bahasa Mandarin
        Gereja Mater Dei, Lutong :  7.00 pagi dalam Bahasa Inggeris dan 10.00 pagi dalam Bahasa Iban
        St. Anthony of Padua’s Chapel, Tudan  :  9.00 pagi dalam Bahasa Malaysia

     6.  KURSUS  PRA-PERKAHWINAN  DALAM  BAHASA  INGGERIS
          Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong        Tarikh :  2hb - 3hb April
      Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftran.

     7.  MISA  KARISMATIK  PENYEMBUHAN  DI  GEREJA ST. DOMINIC DAN ROSARY, TAMAN TUNKU
     Misa Karismatik Penyembuhan akan diadakan pada Minggu Belas Kasihan pada hari Ahad, 3hb April, jam 8.00  pagi.  Sakramen Pengurapan dan sesi berdoa untuk orang sakit juga diadakan.  Sekiranya yang sakit ingin menerima  Sakramen, sila datang ke pejabat Paroki St. Joseph untuk pendaftaran.
     Tarikh tutup pendaftaran  adalah pada  hari Selasa, 29hb Mac.    

    8.  MAJLIS  JAMUAN  MALAM  PASKA   PAROKI  KATEDRAL  ST. JOSEPH   
    Paroki Katedral St Joseph akan mengadakan Majlis Jamuan Malam untuk meraikan Paska dan mengumpul dana untuk Katedral baru.  Majlis Jamuan Malam tersebut adalah pada hari Ahad, 10hb April,  jam 6.30 petang di Eastwood Valley.  Meja berharga RM 700.00 dan RM1,200.00 disediakan untuk dijual di Pejabat Paroki bermula pada 13hb Mac. Kami menggalakkan semua untuk menyokong Majlis Jamuan Malam tersebut.