PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

27HB MAC, 2016 - MINGGU PASKA - HARI RAYA KEBANGKITAN TUHAN

1 .  KURSUS  PRA-PERKAHWINAN  DALAM  BAHASA  INGGERIS
      Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong  Tarikh :  2hb - 3hb April
      Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftran.

 2.  MISA  KARISMATIK  PENYEMBUHAN  
      DI  GEREJA ST. DOMINIC DAN ROSARY, TAMAN TUNKU

      Misa Karismatik Penyembuhan akan diadakan pada Minggu Belas Kasihan pada 
      hari Ahad, 3hb April,  jam 8.00  pagi.  Sakramen Pengurapan dan sesi berdoa 
      untuk orang sakit juga diadakan.  Sekiranya  yang sakit ingin menerima  Sakramen, 
      sila datang ke pejabat Paroki St. Joseph untuk pendaftaran. 
      Tarikh tutup pendaftaran  adalah pada  hari Selasa, 29hb Mac.     

 3.  MAJLIS  JAMUAN  MALAM  PASKA   PAROKI  KATEDRAL  ST. JOSEPH   
      Paroki Katedral St Joseph akan mengadakan Majlis Jamuan Malam untuk meraikan 
      Paska dan mengumpul dana untuk Katedral baru.  Majlis Jamuan Malam tersebut 
      adalah pada hari Ahad, 10hb April,  jam 6.30 petang di Eastwood Valley.  
      Meja berharga RM 700.00 dan RM1,200.00 disediakan untuk dijual di Pejabat 
      Paroki bermula pada 13hb Mac.   Kami menggalakkan semua untuk menyokong 
      Majlis  Jamuan Malam tersebut.   

4.  LETAK KERETA  DI MAJLIS  BANDARAYA MIRI (MCC) MULTI-STOREY CAR PARK
      Bermula 2hb April, kita akan menggunakan khidmat RELA untuk membantu dengan 
      kawalan  lalu lintas dan mengarahkan umat  kita  untuk meletak kereta di berbilang 
      tingkat tempat letak kereta Majlis Bandaraya Miri untuk pelbagai Misa di Katedral.  
      Sila ambil perhatian bahawa tempat letak kereta MCC dibuka pada  jam 7:00 pagi. 
      Sila bekerjasama dengan kakitangan RELA.