6HB MAC, 2016 MINGGU PRAPASKA KEEMPAT – TAHUN C

1.      PENGAKUAN  DOSA  PRAPASKA
Pengakuan dosa Prapaska bermula pada hari Selasa, 8hb Mac dan berakhir pada hari Rabu, 23hb Mac.  Jadualnya adalah seperti berikut:

Tempat
Tarikh
Masa
Gereja Mater Dei, Lutong
 8hb – 9hb Mac
 7.00 malam hingga seterusnya
Holy Spirit Chapel, Permyjaya
 10hb – 11hb Mac
 7.00 malam hingga seterusnya
St. Anthony of Padua’s Chapel, Tudan
 14hb – 15hb Mac
 7.00 malam hingga seterusnya
Katedral St. Joseph
 21hb – 23hb Mac
 7.00 malam hingga seterusnya
Carmelite’s Chapel, Gereja Mater Dei, Lutong dan
Katedral St. Joseph
  Selepas Misa Pagi

2.       MISA  KRISMA 
Misa Krisma diadakan pada hari Rabu, 16hb Mac, jam 7.00 malam di Katedral St. Joseph, di mana minyak kudus akan diberkat dan disucikan dan para paderi kita akan memperbaharui ikrar mereka.   Sila datang dan berdoa untuk kekudusan paderi kita. 
        Jamuan makan bersama diadakan selepas Misa selesai.

3.       SEMINAR  KANAK-KANAK  DALAM  BAHASA  MALAYSIA
Tempat :  St. Francis of Assisi’s Chapel, Jalan Brighton
Tarikh   :   16hb - 19hb Mac       Yuran Pendaftaran :  RM25.00 seorang
      Tarikh Pendaftaran :  Rabu, 16hb Mac      Masa :  7.00 pagi
         Kanak-kanak yang berumur 10 – 12 tahun adalah digalakkan untuk mengikut seminar              ini. 
         Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Engelina Bungan (013-8369764) atau Sylvianna                Ting di Pejabat Paroki (421455).

4.       PERAYAAN  SANTO  JOSEPH – SABTU, 19HB MAC
       Misa Kudus bagi Perayaan Santo Joseph, Santo Patron bagi Katedral kita adalah pada              jam 7.00 pagi  
      di Katedral.  Semua adalah digalakkan untuk mengikuti Misa ini dan berdoa bagi Paroki           kita.

5.       KUTIPAN  DANA  UNTUK  WISMA  SANTO  JOSEPH
Kami menggalakkan umat untuk membantu mengumpul dana untuk Wisma St. Joseph. Semua yang ingin berbuat demikian perlu mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Bapa Uskup  atau Paderi Paroki  atau Jawatankuasa Kutipan Dana.  Ini adalah untuk memastikan
kebertanggungjawapan  dan untuk mengelakkan  sebarang  penyalahgunaan.   
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda.
   
6.     SAKRAMEN PENGUATAN BAGI ORANG DEWASA DALAM BAHASA INGGERIS
      Bagi mereka yang ingin menerima Sakramen Penguatan pada tahun ini mestilah mengikuti       ketiga- tiga sesi kursus ini seperti berikut:
      Tempat :  Dewan Maranatha, Merdeka Mall Aras 4
      Tarikh  :  19hb Mac, 9hb April,  16hb – 17hb April
     Sila daftar di Pejabat Paroki sebelum 14hb Mac dan bawa bersama salinan kad pengenalan,     sijil Pembaptisan dan sijil Komuni Pertama.  Sila mendaftar di pejabat Paroki sebelum 14hb     Mac.