10HB APRIL, 2016 MINGGU PASKA KE-3

1.  “SEMINAR SEPAGI UNTUK KEHIDUPAN”

“Seminar Sepagi Untuk Kehidupan” adalah anjuran oleh Persatuan Gereja-gereja dan
akan diadakan di GCM Club Miri pada hari Sabtu, 16hb April.  Ianya bermula pada
jam 7.30 pagi sehingga 12.00 tengahari.  Yuran pendaftaran adalah RM10.00. 
Sila mendaftar dengan HLS atau selepas Misa hari ini.

2.  LETAK KERETA  DI MAJLIS  BANDARAYA MIRI (MCC)  MULTI-STOREY CAR PARK

Ini adalah peringatan kepada semua umat Paroki untuk meletakkan kereta di berbilang tingkat tempat letak kereta Majlis Bandaraya Miri untuk pelbagai Misa di Katedral. Sila ambil perhatian bahawa tempat letak kereta MCC dibuka pada  jam 6.15 pagi. Sila bekerjasama dengan para anggota RELA. 

3.  SESI BARU RCIA  (UPACARA  INISIASI  KRISTIAN BAGI  DEWASA)   2016-2017

Sesi baru RCIA 2016-2017 telah bermula pada Minggu Kedua Paska untuk semua
Kumpulan pelbagai bahasa.  RCIA menyediakan orang dewasa untuk menerima
Sakramen Pembaptisan, Penguatan dan Ekaristi.  Kita menggalakkan yang
berminat untuk menyertai Gereja kita untuk datang mendaftar.  Sila rujuk pada
notis Gereja untuk keterangan lanjut.  

4.  KURSUS  PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI  DALAM BAHASA  INGGERIS
     Tempat :   Bilik Persidangan, Paroki St. Joseph
     Tarikh   :  Sabtu, 30hb April     Masa :  8.00 pagi – 12.30 tengah hari
 Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftaran.

5.   MISA  KARISMATIK  KENYAH-KAYAN
      Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong
      Tarikh  :  Ahad, 8hb Mei       Masa :  11.00 pagi

Semua adalah dijemput datang.