1HB MEI, 2016 MINGGU PASKA KE-6

1.  PEMBATALAN  MISA  PAGI  DAN  HOLY  HOUR
Dimaklumkan bahawa tiada Misa Pagi dan Holy Hour di Katedral St. Joseph dan Gereja Mater Dei, Lutong pada 3hb – 6hb Mei.  Ini kerana para paderi kita akan mengadakan Retreat Tahunan mereka di Kuching.  Sila berdoa untuk paderi kita.

2.  NOVENA  KEPADA  ROH  KUDUS
Novena kepada Roh Kudus dalam Bahasa Inggeris diadakan dari 6hb hingga
14hb Mei, jam 7.30 malam di Katedral St. Joseph.

3.  KURSUS  PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI  [ NFP ]  DALAM  BAHASA  MALAYSIA
     Tempat :  Dewan Serbaguna, Paroki St. Joseph
     Tarikh    :  Sabtu, 7hb Mei      Masa :  8.00 pagi – 1.00 petang
 Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftaran.

4.  HARI RAYA KENAIKAN TUHAN
Dimaklumkan bahawa Hari Raya Kenaikan Tuhan dipindah ke Ahad, 8hb Mei.

5.  MISA  KENYAH-KAYAN  KARISMATIK
     Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong        Tarikh   :  Ahad, 8hb Mei       Masa :  11.00 pagi
Semua dijemput datang.

6.  JUALAN  BUNGA  DAN  KEK
Jualan Bunga dan Kek akan diadakan pada minggu hadapan, 8hb Mei sempena dengan Hari Ibu di perkatangan Katedral St. Joseph.  Hasil jualan akan disalurkan ke Wisma St. Joseph.  Sila sokong dengan murah hati.

7.  SUMBANGAN BATU-BATA  DAN  TIANG-TIANG BANGUNAN

Bagi semua yang telah menderma batu-bata dan tiang-tiang  bangunan pada Majlis Jamuan Malam Mengutip Dana, 10hb April yang lalu,  sila serahkan sumbangan anda ke pejabat Paroki  St. Joseph.  Harap maklum.

8.  MISA  KESYUKURAN  GAWAI
Misa Kesyukuran Gawai akan diadakan pada hari Jumaat, 20hb Mei, jam 7.30 malam di Katedral St. Joseph.   Jamuan kesyukuran diadakan selepas Misa, sila bawa makanan untuk dikongsi  bersama.  Semua adalah digalakkan untuk mengikuti Misa Gawai ini dan memberi syukur kepada Tuhan.