PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

3HB APRIL, 2016 MINGGU PASKA KE-2 ( HARI RAYA KERAHIMAN ILLAHI )

1.  KURSUS  PEMBAPTISAN BAYI DALAM BAHASA INGGERIS
     Tempat :  Katedral St. Joseph
     Tarikh   :  Ahad, 3hb – 4hb April    Masa 7.30 malam
Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 8hb April, jam 5.30 petang.  Para ibu bapa dan wali yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan adalah dikehendaki untuk menyertai kursus ini. Sila bawa bersama Buku Keluarga dan salinan fotostat Sijil Lahir anak. 

2.  BORANG  JANJI  UNTUK WISMA ST. JOSEPH
Borang Janji bersama dengan sampul Wisma St. Joseph sedang diedarkan hari ini.  Terdapat pilihan Borang Janji yang berbeza untuk dipilih.  Anda perlu mengisi Borang Janji hanya sekali. Untuk sumbangan berikutnya, sila gunakan sampul surat yang disediakan, beri butiran anda dan simpankan ke dalam beg kutipan semasa Misa hari Minggu.  Kita mengalu-alukan semua umat paroki untuk menyokong janji ini.

3.  PEMBATALAN  MISA  HARIAN
Dimaklumkan bahawa tidak ada Misa harian dan Holy Hour di Katedral St. Joseph dan Gereja Mater Dei, Lutong pada 6hb dan 7hb April.  Ini kerana para paderi akan mengadakan temasya tahunan mereka.

4.  “SEMINAR SEPAGI UNTUK KEHIDUPAN”
“Seminar Sepagi Untuk Kehidupan” adalah anjuran oleh Persatuan Gereja-gereja dan akan diadakan di GCM Club Miri pada hari Sabtu, 16hb April.  Ianya bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 12.00 tengahari.  Yuran pendaftaran adalah RM10.00.  Sila mendaftar dengan HLS atau selepas Misa hari ini.

5.  LETAK KERETA  DI MAJLIS  BANDARAYA MIRI (MCC) MULTI-STOREY CAR PARK
Bermula 2hb April, kita akan menggunakan khidmat RELA untuk membantu dengan kawalan lalu lintas dan mengarahkan umat  kita  untuk meletak kereta di berbilang  tingkat tempat letak kereta Majlis Bandaraya Miri untuk pelbagai Misa di Katedral.   Sila ambil perhatian bahawa tempat letak kereta MCC dibuka pada  jam 6.15 pagi.  Sila bekerjasama dengan para anggota RELA.

6.  SESI BARU RCIA (UPACARA  INISIASI  KRISTIAN ORANG DEWASA)  2016-2017
Sesi baru RCIA 2016-2017 akan bermula pada Minggu Kedua Paska untuk semua kumpulan pelbagai bahasa.  RCIA menyediakan orang dewasa untuk menerima Sakramen Pembaptisan, Penguatan dan Ekaristi.  Kita menggalakkan yang berminat untuk menyertai Gereja kita untuk datang mendaftar.  Sila rujuk pada notis Gereja untuk keterangan lanjut.