22HB MEI, 2016 HARI RAYA TRITUNGGAL MAHA KUDUS

1.  MISA  ARWAH  GABUNGAN
 Misa Arwah Gabungan untuk Bulan Mei adalah pada hari Jumaat, 27hb Mei, jam 7.00 pagi di Katedral St. Joseph.  Sesiapa yang ingin memberi Misa Arwah untuk kaum keluarga, saudara- mara dan mereka yang telah meninggal diminta mendaftar dengan Pejabat Paroki.
 Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Selasa, 24hb Mei. 

2.  PERARAKAN  KORPUS  KRISTI
Perarakan Korpus Kristi akan diadakan selepas Misa 5.30 petang di Katedral pada 29hb Mei, sempena Hari Raya Tubuh dan Darah Kristus.  Perarakan akan mengambil laluan yang singkat dari Katedral ke Wisma Pelita dan kembali dengan laluan yang sama.  Semua umat paroki adalah digalakan untuk datang dan menyaksi kehadiran sebenar Yesus di dalam Ekaristi.   
Sila bawa bersama Rosari dan lilin atau anda boleh membelinya dari kedai buku.
Perhatian :
              Tempat letak kereta tidak dibenarkan di sepanjang jalan utama dari bulatan Wisma Pelita ke Jalan Angsana, ini adalah disebabkan untuk memberi laluan kepada perarakan tersebut.   
              Sila memberi kerjasama dengan para anggota RELA dan warden Gereja yang bertugas.  
              Harap maklum.

3.  KURSUS PEMBAPTISAN BAYI  DALAM  BAHASA  MALAYSIA
            Tempat :  Katedral St. Joseph
            Tarikh   :  5hb – 6hb Jun        Masa :  7.30 malam
     Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 7hb Jun jam 5.30 petang.  Para ibu bapa yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan haruslah menghadiri kursus ini.

4.  PERSIDANGAN  JUBLI  TAHUN  KERAHIMANAN
    Sebuah persidangan akan dikendalikan oleh Sister Maxim Soon dan Kumpulan Carmel, pada 24hb – 26hb Jun, bertempat di Pusat Pastoral Keuskupan Sibu.   Sesiapa yang berminat sila hubungi Clare Chai (019-8152354) atau Doreen Ngiam (019-8555316).

5.  KOLEKSI  BARANGAN  TERBUANG
Kumpulan Remaja Cina masih lagi mengumpul barangan terbuang seperti botol plastic, tin minuman, surat khabar lama dan sebagainya pada hari Sabtu, 28hb Mei dari jam 2.00 petang – 4.00 petang bertempat di bawah pokok, di hadapan Rumah Paderi. 
Terima kasih atas sokongan anda.

6.  RALLY MUDA-MUDI UNTUK PARA REMAJA
     Pada tahun ini Rally Muda-Mudi untuk para remaja yang berusia 13-19 tahun dikendalikan  seperti berikut:    
 Tema :  “Activate Mercy”
 Tempat :  Hotel Imperial, Ballroom
Tarikh  :  6hb – 8hb Julai         
Tarikh Tutup :  26hb Jun


Para ibu bapa sila menggalak anak-anak remaja anda untuk menyertai rally ini.