PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

29HB MEI, 2016 - HARI RAYA TUBUH DAN DARAH KRISTUS – TAHUN C

1.  PERARAKAN  KORPUS  KRISTI
Semua umat adalah digalakkan untuk menyertai Perarakan Korpus Kristi selepas Misa
Petang di Katedral hari ini.  Adalah diperingatkan bahawa tempat letak kereta tidak
dibenarkan di sepanjang jalan utama dari bulatan Wisma Pelita ke Jalan Angsana.
              Sila memberi kerjasama dengan para anggota RELA dan warden Gereja yang bertugas.  
              Harap maklum.

2.  KURSUS PEMBAPTISAN BAYI  DALAM  BAHASA  MALAYSIA
          Tempat :  Katedral St. Joseph      Tarikh :  5hb – 6hb Jun       Masa :  7.30 malam
     Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 7hb Jun jam 5.30 petang.  Para ibu bapa yang ingin
     anak-anak mereka dibaptiskan haruslah menghadiri kursus ini.

3.   SEMINAR “MERCY” DALAM  PERKAHWINAN  DAN  KEIBUBAPAAN
            Tempat :  Dewan Maranatha, Tingkat atas Merdeka Mall
            Tarikh   :  5hb & 6hb Jun         Masa :  7:30 malam hingga 9.30 malam
            Penceramah : Fr. James McTavish & Fr. Iwao Ikegami dari Verbum Dei Order, Filipina.

Sila datang untuk belajar cara-cara mengukuhkan hubungan anda dalam perkahwinan melalui Seminar “Mecy”ini. Dan mendidik anak-anak anda untuk tetap setia kepada Tuhan dan Gereja Katolik.  Semua pasangan yang sudah berkahwin dan belia bekerja digalakkan untuk menyertai seminar ini. 

4.  PERSIDANGAN  JUBLI  TAHUN  KERAHIMANAN
    Sebuah persidangan akan dikendalikan oleh Sister Maxim Soon dan Kumpulan Carmel, pada
    24hb – 26hb Jun, bertempat di Pusat Pastoral Keuskupan Sibu.   Sesiapa yang berminat sila
    hubungi Clare Chai (019-8152354) atau Doreen Ngiam (019-8555316) atau rujuk pada Notis
    Gereja.

5.  RALLY MUDA-MUDI UNTUK PARA REMAJA
     Pada tahun ini Rally Muda-Mudi untuk para remaja yang berumur 13-19 tahun dikendalikan
     seperti berikut :  Tema :  “Activate Mercy”
               Tempat :  Hotel Imperial, Ballroom   Tarikh  :  6hb – 8hb Julai   Tarikh Tutup :  19hb Jun
     Para ibu bapa sila menggalak anak-anak remaja anda untuk menyertai rally ini.  Untuk keterangan
     lanjut, sila rujuk pada Notis Gereja.  Pendaftaran diadakan selepas Misa hari ini.

6.  SUMBANGAN  BATU-BATA  DAN  TIANG-TIANG  BANGUNAN
     Bagi semua yang telah menderma dan membayar, dan belum lagi menerima resit, sila datng ke     
     pajabat Paroki St. Josephn untuk mengambilnya.  Bagi sesiapa yang telah menderma dan belum
     lagi membayarnya, sila menjelasnya dengan segera.  Terima kasih.

7.  SELAMAT  HARI  GAWAI
     Bagi pihak Bapa Uskup, para Paderi dan Parish Council ingin mengucap Selamat menyambut Hari
     Gawai Dayak dengan penuh berkat dan rahmat Tuhan kepada para umat yang merayakan Gawai
     Dayak.