8HB MEI, 2016 HARI RAYA KENAIKAN TUHAN

1.  KELAS ALKITAB MODUL 7
Kelas Alkitab yang dikendalikan oleh Bapa Uskup Richard Ng akan bermula pada 12hb Mei,
jam 7.30 malam, bertempat di Dewan Maranatha, Merdeka Mall.  Dalam modul ini kita akan
belajar tentang Kitab Makabe, Daniel dan Judith.

2.  MISA  PENGUATAN
Misa Penguatan diadakan di Gereja Mater Dei, Lutong pada hari Ahad, 15hb Mei, jam 11.00 pagi
sempena Hari Pentekosta.

3.  KURSUS  PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI  [ NFP ]  DALAM  BAHASA  IBAN
     Tempat :  St. Anthony Chapel, Pujut Corner
     Tarikh    :  Sabtu, 14hb Mei       Masa :  9.00 pagi – 1.30 petang

4.  KURSUS  PRA-PERKAHWINAN  DALAM  BAHASA  MALAYSIA
      Tempat :  Dewan Serbaguna, Paroki St. Joseph
      Tarikh   :  Sabtu, 14hb Mei      Masa :  8.00 pagi – 5.00 petang
 Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran.

5.  MISA  KESYUKURAN  GAWAI
Misa Kesyukuran Gawai akan diadakan pada hari Jumaat, 20hb Mei, jam 7.30 malam
di Katedral St. Joseph.   Jamuan kesyukuran diadakan selepas Misa. Semua adalah
digalakkan untuk mengikuti Misa Gawai ini dan memberi syukur kepada Tuhan.  
   
6.  JUALAN  BUNGA  DAN  KEK
Jualan Bunga dan Kek akan diadakan pada minggu hadapan, 8hb Mei sempena dengan Hari Ibu di perkarangan Katedral St. Joseph.  Hasil jualan akan disalurkan ke Wisma St. Joseph.  Sila sokong dengan murah hati.