12HB JUN, 2016 HARI MINGGU BIASA KE – 11 TAHUN C

1.  MISA  ARWAH  GABUNGAN
     Misa Arwah Gabungan untuk Bulan Jun adalah pada hari Jumaat, 17hb Jun, jam 7.00 pagi di Katedral St. Joseph.  Sesiapa yang ingin memberi Misa Arwah
     untuk  kaum keluarga, saudara- mara dan mereka yang telah meninggal diminta mendaftar dengan Pejabat Paroki. 
     Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Selasa, 14hb Jun. 

2.  PENGZIARAHAN  TAHUN  JUBLI  KERAHIMAN
      Pengziarahan Tahun Jubli Kerahiman dalam Bahasa Inggeris akan diadakan pada hari Sabtu, 25hb Jun.  Pengziarahan adalah melalui  “Holy Door” di Katedral St. Joseph ke Gereja St. Dominic dan Rosary, Taman Tunku. 
      Sila datang ke pejabat Paroki St. Joseph untuk pendaftaran. 
      
3.  RALLY MUDA-MUDI UNTUK PARA REMAJA
      Pada tahun ini Rally Muda-Mudi untuk para remaja yang berumur 13-19 tahun
      dikendalikan seperti berikut : 
              Tema     :   “Activate Mercy”
               Tempat :   Hotel Imperial, Ballroom, Miri.
               Tarikh    :   6hb – 8hb Julai        Tarikh Tutup :  26hb Jun
       Para ibu bapa sila menggalak anak-anak remaja anda untuk menyertai rally ini.
       Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pada Notis Gereja. 

4.  KELAS  ALKITAB  DIKENDALIKAN  OLEH  USKUP RICHARD
      Dimaklumkan bahawa Kelas Alkitab di Dewan Maranatha pada 16hb Jun  
      dibatalkan.  Kelas akan disambung semula pada 23hb Jun.  Harap maklum.

5.  KOLEKSI  BARANGAN  TERBUANG
      Kumpulan Remaja Cina masih lagi mengumpul barangan terbuang seperti botol plastic, tin minuman, surat khabar lama dan sebagainya pada hari Sabtu, 25hb Jun dari jam 2.00 petang – 4.00 petang bertempat di bawah pokok, di hadapan Rumah Paderi. 

      Terima kasih atas sokongan anda.