19HB JUN, 2016 HARI MINGGU BIASA KE – 12 TAHUN C

1.  PENGZIARAHAN  TAHUN  JUBLI  KERAHIMAN
      Pengziarahan Tahun Jubli Kerahiman dalam Bahasa Inggeris akan diadakan pada hari Sabtu, 25hb Jun. Ianya akan bermula pada jam 8.00 pagi di Katedral St. Joseph, melalui “Holy Door”,  selepas itu ke Gereja St. Dominic dan Rosary, Taman Tunku.   Semua adalah dijemput  menyertainya.  Tarikh tutup adalah pada hari Selasa, 21hb Jun.   Sila datang ke pejabat Paroki St. Joseph untuk pendaftaran.   Diperingatkan  bahawa anda perlulah ke pengakuan dosa dahulu.  Untuk keterangan lanjut , sila rujuk pada Notis Gereja.

 2.  KURSUS  PRA-PERKAHWINAN  DALAM  BAHASA  INGGERIS
          Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong        Tarikh :  2hb - 3hb April
      Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftran.

3.  KURSUS PEMBAPTISAN BAYI  DALAM  BAHASA  INGGERIS
          Tempat :  Katedral St. Joseph  Tarikh :  3hb – 4hb Julai  Masa : 7.30 malam
Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 5hb Jun jam 5.30 petang.  Para ibu bapa yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan haruslah menghadiri kursus ini.

4.  RALLY MUDA-MUDI UNTUK PARA REMAJA
      Pada tahun ini Rally Muda-Mudi untuk para remaja yang berumur 13-19 tahun
      dikendalikan seperti berikut :
              Tema     :   “Activate Mercy”
            Tempat :   Hotel Imperial, Ballroom, Miri.
               Tarikh    :   6hb – 8hb Julai        Tarikh Tutup  :  26hb Jun
       Para ibu bapa sila menggalak anak-anak remaja anda untuk menyertai rally ini.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pada Notis Gereja.

5.  SEMINAR  DALAM  ROH  KUDUS  DALAM  BAHASA  MALAYSIA
 Tempat :  St. Francis of Assisi’s Chapel,  Jalan Brighton  Tarikh :  5hb – 7hb Julai.  Untuk Keterangan lanjut, sila rujuk pada Notis Gereja.

6.  KOLEKSI  BARANGAN  TERBUANG
      Kumpulan Remaja Cina masih lagi mengumpul barangan terbuang seperti botol plastic, tin minuman, surat khabar lama dan sebagainya pada hari Sabtu, 25hb Jun dari jam 2.00 petang – 4.00 petang bertempat di bawah pokok, di hadapan Rumah Paderi.  Terima kasih atas sokongan anda.