10HB JULAI, 2016 HARI MINGGU BIASA KE – 15 TAHUN C

1.  PENZIARAHAN  TAHUN  JUBLI  KERAHIMAN  DALAM  BAHASA  MALAYSIA 
      Penziarahan Tahun Jubli Kerahiman dalam Bahasa Malaysia akan diadakan pada hari Jumaat, 22hb Julai.  Penziarahan adalah melalui  “Holy Door” di Katedral St. Joseph ke Gereja St.  Dominic dan Rosary, Taman Tunku.   Pendaftaran diadakan selepas Misa Bahasa Malyasia.  Anda boleh juga datang ke pejabat  Paroki St. Joseph untuk pendaftaran.

2.   KURSUS  PERANCANG  KELUARGA  SEMULAJADI
      DALAM  BAHASA  IBAN
      Tempat :  St. Anthony’s Chapel, Pujut Corner
      Tarikh  :   Sabtu, 16hb Julai   Tarikh :  9.00 pagi – 1.30 petang
   
      DALAM  BAHASA  INGGERIS
      Tempat :  Bilik Persidangan, Paroki St. Joseph
      Tarikh  :  Sabtu, 23hb Julai Tarikh :  8.00 pagi – 12.30 tengahari
      Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran.

3.  PERSIDANGAN  BELIA  BERKERJAYA 
     Persidangan Belia Berkerjaya diadakan seperti berikut:
     Tempat :  Parkcity Everly Hotel, Miri   Tarikh :  16hb – 18hb September, 2016
     Tema :  “Yesus Wajah Kerahiman”
     Tarikh Tutup Pendaftaran :  4hb September
     Semua belia bekerja yang berumur 18 tahun ke atas adalah digalakkan untuk menyertainya.
     Sila rujuk pada Notis Gereja untuk keterangan lanjut.
     
4.  BORANG  JANJI  BARU WISMA ST. JOSEPH 
     Wisma St. Joseph telah mula menggunakan Borang Janji yang baru untuk mendapatkan sokongan kewangan dan rohani untuk Katedral St. Joseph baru dan projek-projek pembinaan Keuskupan Miri.  Borang Janji baru memberikan banyak cadangan supaya semua orang boleh menjadi sebahagian daripada perjalanan utama  iman ini.  Bahagian  belakang Borang Janji memberikan anda maklumat dan doa St Joseph. Borang dalam Bahasa Inggeris boleh diperolehi sekarang. Borang dalam Bahasa Malaysia, Mandarin dan Iban akan menyusul kemudian.  Sila kunjungi Meja Khidmat  Wisma St. Joseph yang diadakan  di setiap Gereja selepas Misa dan belajar bagaimana untuk  menderma dan mengambil bahagian  dalam perjalanan iman Keuskupan ini.

5.  MAKLUMAT  TENTANG  WISMA  ST. JOSEPH
     Adalah dimaklumkan bahawa atas sebab-sebab kewangan dan pendidikan, Keuskupan telahpun membuat perubahan terhadap projek Wisma St. Joseph.  Kita tidak akan memindahkan SK St. Joseph pada masa sekarang.  Tiga komponen yang lain, Kompleks baru Katedral, Chapel baru Permyjaya dan membaikpulih rumah lama  Uskup akan berlangsung mengikut perancangan. Setakat ini kita telah mengumpul kira-kira RM 10 juta dalam bentuk tunai dan janji dan berharap untuk memulakan Kompleks baru Katedral pada pertengahan tahun 2017.  Kita mohon sokongan dan doa anda yang berterusan untuk kejayaan pembinaan Wisma St. Joseph ini.