PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

17HB JULAI, 2016 HARI MINGGU BIASA KE – 16 TAHUN C

1.   KELAS  ALKITAB
      Kelas Alkitab Modul 8 dikendalikan oleh Bapa Uskup Richard Ng akan bermula pada 21hb Julai, jam 7.30 malam di Dewan Maranatha, Merdeka Mall.  Module 8 ini adalah tentang Injil Lukas. Pendaftaran bagi kelas diadakan di pejabat Paroki dan tarikh tutup adalah pada 20hb Julai.

2.   PENZIARAHAN  TAHUN  JUBLI  KERAHIMAN  DALAM  BAHASA  MALAYSIA
      Penziarahan Tahun Jubli Kerahiman dalam Bahasa Malaysia akan diadakan pada hari Jumaat, 22hb Julai.  Penziarahan adalah melalui  “Holy Door” di Katedral St. Joseph ke Gereja St.  Dominic dan Rosary, Taman Tunku.   Pendaftaran diadakan selepas Misa Bahasa Malyasia.  Anda boleh juga datang ke pejabat  Paroki St. Joseph untuk pendaftaran.

3.   KURSUS  PERANCANG  KELUARGA  SEMULAJADI  DALAM  BAHASA  INGGERIS
      Tempat :  Bilik Persidangan, Paroki St. Joseph
      Tarikh  :  Sabtu, 23hb Julai         Masa :  8.00 pagi – 12.30 tengahari
      Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran.

4.  MISA  ARWAH  GABUNGAN
     Misa Arwah Gabungan untuk Bulan Julai adalah pada hari Jumaat, 29hb Julai, jam 7.00 pagi di Katedral St. Joseph.  Sesiapa yang ingin memberi Misa Arwah untuk  kaum keluarga, saudara- mara dan mereka yang telah meninggal diminta mendaftar dengan Pejabat Paroki.  Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Selasa, 26hb Julai.