3HB JULAI, 2016 HARI MINGGU BIASA KE – 14 TAHUN C

1.  SEMINAR  DALAM  ROH  KUDUS  DALAM  BAHASA  MALAYSIA
      Tempat :  St. Francis of Assisi’s Chapel,  Jalan Brighton
Tarikh    :  5hb – 7hb Julai   Tarikh Pendaftaran  :  Selasa, 5hb Julai      
Masa :  6.00 petang
Borang ada diedarkan selepas Misa.  
Untuk Keterangan lanjut, sila hubungi pejabat Paroki.

2.  MISA  ARWAH  BAGI  MENDIANG  FR.  HERMANN  PLATTNER
     Fr. Hermann Plattner telah meninggal dengan damai pada 27hb Jun pada usia 93 di Italy.  Mendiang  Fr. Plattner sangat terkenal kerana beliau pernah berkhidmat di Sarawak selama 51 tahun sebelum bersara ke Itali pada tahun 2000.  
Misa Arwah  akan diadakan di Chapel Carmelite pada hari  Isnin,  4hb Julai,  jam 7:30 malam. Semua dijemput hadir untuk menyertai dan berdoa. Semoga rohnya berehat dalam damai kekal abadi.

3.  PENZIARAHAN  TAHUN  JUBLI  KERAHIMAN  DALAM  BAHASA  MALAYSIA 
      Penziarahan Tahun Jubli Kerahiman dalam Bahasa Malaysia akan diadakan pada hari Jumaat, 22hb Julai.  Penziarahan adalah melalui  “Holy Door” di Katedral St. Joseph ke Gereja St.  Dominic dan Rosary, Taman Tunku.   Pendaftaran diadakan selepas Misa. Anda boleh juga datang ke pejabat  Paroki St. Joseph untuk pendaftaran.

4.  PERSIDANGAN  BELIA  BERKERJAYA 
     Persidangan Belia Berkerjaya diadakan seperti berikut:
     Tempat :  Parkcity Everly Hotel, Miri  
Tarikh :  16hb – 18hb September, 2016
Tema :  Yesus Wajah Kerahiman
Tarikh Tutup Pendaftaran :  4hb September
Semua belia bekerja yang berumur 18 tahun ke atas adalah digalakkan untuk menyertainya.
Sila rujuk pada Notis Gereja untuk keterangan lanjut.
     
5.  BORANG  JANJI  BARU WISMA ST. JOSEPH 
     Bermula pada hari ini, Ahad 3hb Julai 2016, Wisma St. Joseph akan melancarkan Borang Janji yang baru untuk mendapatkan sokongan kewangan dan rohani untuk Katedral St. Joseph baru dan projek-projek pembinaan Keuskupan Miri.  Borang Janji baru memberikan banyak cadangan supaya semua orang boleh menjadi sebahagian daripada perjalanan utama  iman ini.  Bahagian belakang Borang Janji memberikan anda maklumat dan doa St Joseph.  Sila kunjungi Meja Khidmat Wisma St. Joseph yang diadakan di setiap Gereja selepas Misa  dan belajar bagaimana untuk menderma dan mengambil bahagian dalam perjalanan iman Keuskupan ini.

6.  MAKLUMAT  TENTANG  WISMA  ST. JOSEPH
     Adalah dimaklumkan bahawa atas sebab-sebab kewangan dan pendidikan, Keuskupan telahpun membuat perubahan terhadap projek Wisma St. Joseph.  Kita tidak akan memindahkan SK St. Joseph pada masa sekarang.  Tiga komponen yang lain, Kompleks baru Katedral, Chapel baru Permyjaya dan membaikpulih rumah lama  Uskup akan berlangsung mengikut perancangan.
     Setakat ini kita telah mengumpul kira-kira RM 10 juta dalam bentuk tunai dan janji dan berharap untuk memulakan Kompleks baru Katedral pada pertengahan tahun 2017.  Kita mohon sokongan dan doa anda yang berterusan untuk kejayaan pembinaan Wisma St. Joseph ini.