21HB OGOS, 2016 MINGGU BIASA KEDUA PULUH SATU - TAHUN C



1. SEMINAR PERTUMBUHAN
Tempat : Hotel Imperial Ballroom, Miri Tarikh : 26hb – 28hb Ogos
Tema : “Fresh Fire” Penceramah : Dr. Carol Razza
Tarikh tutup Pendaftaran : 21hb Ogos (Hari ini)
Yuran Pendaftaran : RM 35.00
Seminar pertumbuhan ini bertujuan untuk memperdalam hidup rohani kita dan terbuka kepada semua ahli kumpulan doa dan mereka yang berminat untuk berkembang dalam kehidupan doa mereka. Pendaftaran lewat tidak akan diterima.

2. MISA ARWAH GABUNGAN
Misa Arwah Gabungan untuk Bulan Ogos adalah pada hari Jumaat, 26hb Ogos, jam 7.00 pagi di Katedral St. Joseph. Sesiapa yang ingin memberi Misa Arwah untuk kaum keluarga, saudara- mara dan mereka yang telah meninggal diminta mendaftar dengan Pejabat Paroki. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Selasa, 23hb Ogos.

3. MISA UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)
Tempat : Katedral St. Joseph
Tarikh : Sabtu, 3hb September Masa : 2.00 petang
Semua pelajar yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini dijemput untuk mengikuti Misa ini. Misa ini dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Para ibu bapa diminta datang bersama dengan anak-anak mereka.

4. KURSUS PEMBAPTISAN BAYI DALAM BAHASA MALAYSIA
Tempat : Katedral St. Joseph
Tarikh : 4hb – 5hb September Masa : 7.30 malam
Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 6hb September jam 5.30 petang. Para ibu bapa yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan haruslah menghadiri kursus ini.

5. PERSIDANGAN BELIA BERKERJAYA 2016 Tempat : Parkcity Everly Hotel
Tarikh : 16hb – 18hb September ( Jumaat - Ahad )
Tema : Yesus Wajah Kerahiman – Yohanes 14:9
Tarikh Tutup Pendaftaran : 4hb September
Kaunter pendaftaran dibuka selepas Misa. Belia berkerjaya dan pelajar university/ kolej berumur 18 tahun ke atas adalah dijemput.

6. KOLEKSI BARANGAN TERBUANGKumpulan Remaja Cina masih lagi mengumpul barangan terbuang seperti bateri lama, surat khabar, botol plastic, tin minuman, dan sebagainya pada hari Sabtu, 27hb Ogos dari jam 2.00 – 4.00 petang bertempat di bawah pokok, di hadapan Rumah Paderi.