28HB OGOS, 2016 MINGGU BIASA KEDUA PULUH DUA - TAHUN C



1. MISA KUDUS UNTUK INSAN-INSAN ISTIMEWA
Ini dikendalikan oleh Persatuan St. Vincent de Paul, Misa Kudus diadakan dalam Bahasa Malaysia dan Mandarin.

Tempat : Gereja St. Dominic and the Rosary, Taman Tunku
Tarikh : Rabu, 31hb Ogos Masa : 9.00 pagi

Bagi mereka yang telah mendaftar, sila berada di sana pada jam 8.45 pagi ini kerana tempat duduk disediakan untuk anda. Semua adalah dijemput datang dan menyokong dengan doa.

2. MISA UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)Tempat : Katedral St. Joseph Tarikh : Sabtu, 3hb September Masa : 2.00 petang

Semua pelajar yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini dijemput untuk mengikuti Misa ini. Misa ini dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Para ibu bapa diminta datang bersama dengan anak-anak mereka.

3. KURSUS PEMBAPTISAN BAYI DALAM BAHASA MALAYSIA
Tempat : Katedral St. Joseph Tarikh : 4hb – 5hb September Masa : 7.30 malam
Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 6hb September jam 5.30 petang. Para ibu bapa yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan haruslah menghadiri kursus ini.

4. MISA KENYAH-KAYANTempat : Gereja Mater Dei, Lutong Tarikh : Ahad, 4hb September Masa : 11.00 pagi

Semua adalah dijemput datang

5. PERSIDANGAN BELIA BERKERJAYA Tempat : Parkcity Everly Hotel Tarikh : 16hb – 18hb September ( Jumaat - Ahad )
Tema : Yesus Wajah Kerahiman – Yohanes 14:9
Tarikh Tutup Pendaftaran : 4hb September
Kaunter pendaftaran dibuka selepas Misa. Belia berkerjaya dan pelajar university/ kolej berumur 18 tahun ke atas adalah dijemput.

6. KEM LIITURGI KANAK-KANAK
Tempat : St. Francis of Assisi’s Chapel, Jalan Brighton Tarikh : 12hb – 14hb September
Kanak-kanak berumur 10 – 12 tahun digalakkan untuk menyertai Kem Liturgi ini.
Untuk keterangan lanjut sila rujuk pada Notis Gereja.

7. SERVIS DOA SEMPENA HARI MALAYSIA
Para umat paroki adalah dijemput untuk menghadiri Servis Doa Hari Malaysia untuk berdoa bagi kesejahteraan Negara kita. Servis ini dikendalikan oleh Persatuan Gereja-Gereja Sarawak.

Tempat : Gereja St. Columba Tarikh : 16hb September Masa : 6.30 petang

8. PENGZIARAHAN UNTUK PELAJAR MUDA-MUDI KRISTIAN (YCS)
Ini adalah untuk YCS – iaitu pelajar-pelajar Sekolah Menengah.

Tempat : Katedral St. Joseph ke Gereja St. Dominic and the Rosary

Tarikh : Sabtu, 17hb September Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari

Para ibu bapa dijemput untuk datang bersama. Pendaftaran diadadakan selepasa Misa selesai hari ini.

9. PERAYAAN ULANGTAHUN KE-40 KEUSKUPAN MIRI
Kita akan merayakan Ulangtahun ke-40 Keuskupan Miri pada 3hb Oktober dengan Misa Kesyukuran di Stadium Tertutup Miri dan ini akan disusuli dengan Hari Keluarga di diadakan di Stadium Terbuka Miri. Keterangan lanjut akan dimaklumkan pada minggu akan datang.